KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya tidak memansuhkan cuti tahunan 180,000 petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan penuh ketika pandemik COVID-19.
Presidennya Adnan Mat berkata, sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac tahun lalu, cuti tahunan ini didapati tidak dapat dihabiskan dalam usaha mereka memastikan masyarakat mendapat imunisasi dengan cepat.
"Cuepacs mendapati ada cuti yang dibekukan tidak dapat dihabiskan, jadi kita mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
"Kami memohon pertimbangan pihak kerajaan supaya cuti ini tidak dilupuskan dalam tempoh tiga tahun kepada lima tahun, malah hendaklah dipanjangkan pada masa tertentu sehinggalah mereka mampu mengambil cuti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Presiden Cuepacs Malaysia ke pusat pemberian vaksin (PPV) Awam Kota Bharu Dewan Sri Tunjong Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melibatkan 1,030 penerima, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Adnan turut mencadangkan supaya pembayaran dibuat ke atas jumlah yang tidak dihabiskan sebagaimana pelaksanaan yang dibuat negara jiran, Singapura.
"Kami turut memohon supaya baki cuti ini dimasukkan dalam gantian cuti rehat selama 15 hari sebagaimana amalan biasa yang dilaksanakan sebelum ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Adnan turut memohon kerajaan melalui Kementerian Kewangan supaya Belanjawan 2022 yang dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Okt depan, mengambil kira kewujudan Sistem Saraan Baru bagi mempertingkatkan sistem sedia ada.
"Sistem persaraan ini wujud setiap 10 tahun sekali, justeru amat penting bagi kerajaan menyediakan sejumlah bajet untuk memenuhi tuntutan kepada kakitangan awam dan memenuhi kompenan dalam sistem persaraan baharu.
"Sudah pasti sistem persaraan baharu ini juga hendaklah melangkaui gaji minimum supaya dapat melepasi garis kemiskinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021

ADNAN: Kami turut memohon supaya baki cuti ini dimasukkan dalam gantian cuti rehat selama 15 hari sebagaimana amalan biasa yang dilaksanakan sebelum ini. - Gambar fail

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.

Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.

Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.

Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.

KPM perlu beri keutamaan tiga aspek ambil guru baharu - Cuepacs
Tiga elemen itu perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam dunia perguruan ketika ini amat besar.

Cuepacs gesa kerajaan perluas pemberian one-off RM500
Adnan berkata, jumlah 100,000 petugas KKM yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2021, tidak meliputi kesemua petugas barisan hadapan di kementerian terbabit.