KUALA LUMPUR:"Jangan mudah menyerah kalah," itu pesanan Ketua Jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto kepada pemainnya, menjelang aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat ini.
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, di mana skuad Harimau Selatan berkenduri gol ke atas pasukan gergasi seperti Perak (7-0) dan Selangor (6-1), senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.
Namun, jurulatih berusia 44 tahun dari Indonesia itu yakin, anak buahnya mampu memberi tekanan kepada JDT seperti Petaling Jaya (PJ) City FC, yang mengikat juara enam kali itu 2-2 pada Jumaat lalu dan berbekalkan semangat tinggi selepas kemenangan 3-2 ke atas Melaka United pada Ahad lepas.
"Pertamanya kami sangat menghormati JDT sebagai juara bertahan dan pasukan yang paling kuat di Malaysia buat masa ini. Tetapi ia tidak bermakna kami menyerah kalah sebelum perlawanan lagi, kedudukan tetap 0-0 sebelum perlawanan.
"Pemain perlu kekal berdisiplin, fokus sepenuhnya pada perlawanan dan kurang melakukan kesilapan, kerana lawan akan memanfaatkan kesilapan kita. Kebanyakan gol yang kita bolos sebelum ini berpunca daripada kesilapan kita sendiri," katanya kepada Bernama semalamini.
Selain berdepan lawan yang kuat, skuad Tambadau juga mengharungi cabaran lain seperti pertukaran kepimpinan di kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), serta pandemik COVID-19 yang semakin meningkat, di negeri di Bawah Bayu itu.
Berikutan peningkatan kes COVID-19, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan semua individu yang tiba dari Sabah, wajib menjalani saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO), sehingga keputusan ujian mengesahkan mereka negatif.
Ia menyaksikan skuad kendalian Kurniawan yang berlepas ke Johor Bahru semalam, terpaksa mengikuti HSO di hotel penginapan mereka sehingga keputusan ujian COVID-19 diperolehi.
"Keputusan ujian pertama ke atas semua pemain dan kakitangan pada kelmarin adalah negatif dan mudah-mudahan ujian kedua akan dilakukan hari ini juga negatif. Saya berharap keputusan diperolehi secepat mungkin, supaya kami boleh turun menjalani latihan pada petang esok...Sekiranya keputusan lambat, kita ada pelan B," katanya.
JDT yang berada di puncak carta Liga Super dengan 23 mata, hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan ketujuh berturut-turut, apabila mempunyai kelebihan enam mata berbanding pasukan di tempat kedua, Perak (17) dengan berbaki hanya dua mata.
Sabah yang berada di tempat kesembilan dengan sembilan mata, masih belum terselamat dari zon penyingkiran, apabila hanya dipisahkan dua mata berbanding pasukan di kedudukan 11, Felda United (7) pasukan tercorot PDRM (-1).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Skuad Kurniawan juga mengharungi cabaran seperti pertukaran kepimpinan di kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Sabah, serta pandemik COVID-19 yang semakin meningkat, di Sabah. - Foto Facebook
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI bantu kerajaan noktah kemiskinan - Bung Moktar
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif