Skip to main content

Malaysia

Jangan percaya kenyataan hudud Najib di media sosial - PMO

71412930348_295x200.jpg
Pejabat Perdana Menteri hari menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud di dalam mana-mana media sosial atau majlis rasmi.

Ia dijelaskan melalui laman Twitter 'Msia PM Press Office' @PMOMalaysia.



"Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini", kata laman Twitter tersebut.

Pada Khamis, media sosial dan sistem pesanan WhatsApp kecoh dengan kenyataan kononnya Najib memberikan ulasan mengenai pendiriannya terhadap isu hudud.


Advertisement

Must Watch Video