Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.
Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.
"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam perkahwinan tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) November tahun lepas.
"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.
"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekali gus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya.
Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.
Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.
"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar-pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya.
Bernama
Sat Aug 17 2013
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Fadhlina nafi kerajaan tidak tunai janji bangunkan sekolah daif di Sarawak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menunaikan janji untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di Sarawak.
Politik baharu tidak semestinya diteraju lapisan muda - Juanda
Walau generasi muda menguasai teknologi maklumat, tidak bermakna mereka boleh terus saja menerajui agenda politik tanpa bimbingan pemimpin lama.
Jangan salah tafsir luahan di FB, itu untuk sampaikan hasrat rakyat - Juanda
Datuk Dr Juanda Jaya tidak mahu luahan kemarahan di akaun Facebook beliau pada Sabtu lalu mengenai cadangan pembinaan Jambatan Batang Igan disalah tafsir.
Jangan pilih pasangan hidup daripada pengikut Syiah - Mufti Perlis
Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.