awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan pudarkan cinta kepada negara kerana pandemik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/08/2021
04:40 MYT
Jangan pudarkan cinta kepada negara kerana pandemik
Program secara maya bersama seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai-balai polis di negeri itu turut dihadiri Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid. - Astro AWANI
IPOH: Walau apapun berlaku di dalam negara, termasuk kesan daripada pandemik COVID-19, rasa cinta terhadap negara jangan pernah dipudarkan.
Sebaliknya, sempena bulan kemerdekaan ini, rakyat perlu terus mengibarkan Jalur Gemilang untuk menunjukkan rasa cinta mereka kepada negara.
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, jika sebelum ini ramai rakyat Malaysia mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap penduduk di negara berkenaan, adalah wajar mereka juga mengibarkan Jalur Gemilang untuk menunjukkan semangat cintakan negara.
"Teruskan dengan pengibaran bendera Palestin, tidak ada masalah kerana solidariti kita tapi dalam masa yang sama, wajib untuk kibarkan Jalur Gemilang kerana ini adalah negara kita yang tercinta.
"Siapa lagi nak menzahirkan rasa bangga kepada negara kita kalau bukan warga kita sendiri? Malaysia ini, walau apapun keadaannya, kita adalah warganya," katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Bersama Warga Polis Diraja Malaysia peringkat negeri Perak di Ipoh, pada Jumaat.
Program secara maya bersama seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai-balai polis di negeri itu turut dihadiri Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Dalam pada itu, Mior Faridalatrash mengesahkan setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jalur Gemilang
#bulan Kemerdekaan
#khairul shahril mohamed
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan