awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
Rusia serang pelabuhan Laut Hitam Ukraine, dua kapal dagang turut jadi sasaran
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan salahkan MBI dalam isu pembalakan di Bukit Enggang - Ahmad Bashah

Bernama
Bernama
14/12/2017
00:25 MYT
Jangan salahkan MBI dalam isu pembalakan di Bukit Enggang - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah melihat beg sekolah yang diterima murid-murid pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat 'Kembali ke Sekolah' anjuran Rangkaian Hotel Seri Malaysia, 13 Disember, 2017. -- fotoBERNAMA
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Enggang di Sik disebabkan berlaku pelanggaran syarat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).
Beliau menjelaskan apa yang berlaku berpunca daripada sikap pengusaha yang dipercayai telah melanggar syarat dan prosedur yang ditetapkan dengan menebang pokok di luar kawasan yang dibenarkan selepas kontrak menebang diberi oleh MBI kepada pengusaha.
Katanya sepanjang beliau memegang jawatan menteri besar Kedah, tidak pernah satu ekar tanah di kawasan hutan simpan di negeri ini diluluskan sebagai kawasan ladang, sebaliknya kelulusan itu diberi oleh menteri besar sebelum ini sejak 2015.
"Kawasan ladang ini yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini semasa pembangkang yang perintah dan dia bagi berapa ribu kawasan untuk dibuat ladang, dan kedua diberi oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir," katanya kepada pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat 'Back To School' anjuran Rangkaian Hotel Seri Malaysia di sini, pada Rabu.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia, Muhammad Solleh Rami.
Seramai 150 orang pelajar daripada golongan berpendapatan rendah dan anak yatim dari Dewan Undangan Negeri Bakar Bata menerima beg sekolah dan baucar bernilai RM100 seorang bagi membeli pakaian sekolah di Pasaraya Mydin di sini.
Ahmad Bashah berkata untuk mengelak masalah itu daripada berlarutan, beliau telah meminta Jabatan Perhutanan menghentikan segera aktiviti penebangan dan meningkatkan penguatkuasaan.
Sebelum ini, media melaporkan operasi penguatkuasaan yang dijalankan mendapati ratusan hektar kawasan hutan simpan yang berkeluasan 6,692 hektar berkenaan telah diteroka secara haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#hutan simpan
#Kedah
#MBI
#Mukhriz Mahathir
#pembalakan
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan