KUALA LUMPUR: Tasik Cermin merupakan lokasi pelancongan tumpuan di Ipoh, menggamit ramai pencinta alam untuk menyaksikan sendiri keindahan panorama di kawasan itu.
Boleh dikatakan setiap minggu, ada sahaja pengunjung di sana dan keindahan tasik itu banyak dikongsikan di media sosial, menjadikannya semakin popular dari hari ke hari.
Begitupun, ada satu insiden kurang menyenangkan berlaku di tasik tersebut baru-baru ini.
Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin menjadi tular di aplikasi TikTok sejak semalam.
Video berdurasi kira-kira 15 saat dimuat naik pemilik akaun bernama Syafiruzafiza tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.
Bahkan, pemilik akaun tersebut turut berkongsikan satu lagi video menunjukkan lelaki itu yang sudah basah, terjun sekali lagi ke dalam tasik itu.
Lelaki yang terjun ke dalam tasik itu kelihatan seolah-olah sedang mandi, sedangkan orang lain tiada yang berbuat demikian.
Insiden itu menyebabkan ramai netizen tidak berpuas hati kerana tidak mustahil disebabkan tindakan itu, Tasik Cermin akan ditutup selepas ini.
“Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berhantu pula,” komen salah seorang pengguna TikTok.
Seorang lagi pengguna bertanya mengapa lelaki itu berbuat demikian dan Syafiruzafiza menyatakan dia juga tidak tahu punca lelaki itu terjun ke dalam tasik berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 700,000 tontonan dengan lebih 700 komen.
Dalam pada itu, Kosmo melaporkan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memaklumkan orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik tersebut.
Menurut laporan itu lagi, siasatan juga akan dilakukan bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.
Ridauddin Daud
Sun Dec 12 2021

Video memaparkan seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin, seolah-olah sedang mandi di situ, sedangkan orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik itu. - Foto media sosial

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.
![[TERKINI] Angka korban meningkat lebih 2,300 di Turkiye, Syria [TERKINI] Angka korban meningkat lebih 2,300 di Turkiye, Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008290/26418236181675699722526_640x360.jpg)
[TERKINI] Angka korban meningkat lebih 2,300 di Turkiye, Syria
Angka korban gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria mencecah lebih 2,300 orang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini semua rakyat Malaysia di Turkiye.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

'Jangan sampai Tasik Cermin ditutup pula selepas ini'
Satu rakaman video seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin menjadi tular di aplikasi TikTok sejak semalam.