awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wartawan Iran menangis di PBB, gesa dunia bertindak lebih tegas
Menteri Pertahanan Belanda mohon maaf atas serangan udara maut 2015 di Iraq
Indonesia usul tambahan 21,000 polis hutan tingkatkan pengawasan hutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sebar berita negatif kes kuil Sri Maha Mariamman - Noor Rashid

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
26/11/2018
08:49 MYT
Jangan sebar berita negatif kes kuil Sri Maha Mariamman - Noor Rashid
Noor Rashid menjelaskan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan melakukan beberapa siri tangkapan.
Polis memberi amaran kepada semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak mengambil kesempatan menyebarkan berita negatif yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum susulan insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, awal pagi Isnin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, insiden itu bukannya melibatkan ketegangan antara kaum atau agama sebaliknya melibatkan pemilikan tanah dan perpindahan sebuah kuil.
"Ini telah menjadi isu sensitif dan saya tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada insiden ini berbalah soal sensitif dan mahkamah pun tahu hanya timbul masalah daaripada proses.
"Tidak ada isu pergaduhan kaum. Kita memantau kalau kita biarkan boleh mengancam keselamatan dalam negara. Oleh itu saya ingatkan semua pihak jadi individu bertanggungjawab," katanya kepada pemberi ketika diminta mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di kuil tersebut pagi tadi.
Katanya, polis akan memantau perkembangan lanjut dan membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan itu, khianat dan pencerobohan yang dilakukan kumpulan terlibat.
BACA: Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang
BACA: Polis tahan tujuh lelaki insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman
Noor Rashid menjelaskan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan melakukan beberapa siri tangkapan.
Setakat ini, tujuh lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di kuil itu.
Topic Berkaitan
#berita negatif
#India
#kuil sri maha mariamman
#perkauman
#Putra Heights
#sebar
#Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
#Timbalan Ketua Polis Negara
#USJ 25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan