awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti - Polis

Bernama
Bernama
27/06/2024
05:49 MYT
Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti - Polis
Polis menerima satu surat pemberitahuan daripada pihak penganjur pada 14 Jun untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan, namun pemilik lokasi tidak memberi kebenaran untuk aktiviti itu.
KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang akan diadakan Tempat Letak Kereta Awam, berhadapan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya Sabtu ini kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan, kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Perbadanan Putrajaya seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (Akta 736).
Beliau berkata polis menerima satu surat pemberitahuan daripada pihak penganjur pada 14 Jun untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan, namun pemilik lokasi tidak memberi kebenaran untuk aktiviti itu.
"Tuan tanah (iaitu Perbadanan Putrajaya) tidak membenarkan perhimpunan berkenaan dan kita menasihati penganjur yang menggelarkan diri sebagai 'Demi Negara', untuk tidak meneruskan perhimpunan.
"Kalau mereka teruskan juga, polis akan menempatkan anggota polis di kawasan perhimpunan," katanya dalam Sidang Media Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, hari ini.
Rusdi berkata pihaknya juga mengesan satu video tular berdurasi 3 minit 41 saat di aplikasi Tiktok, yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan berkenaan dan polis sedang menyiasat individu yang menjadi pendukung perhimpunan itu.
Beliau berkata pihak polis telah menerima 85 laporan berhubung isu itu dan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhimpunan
#Putrajaya
#demi negara
#Kompleks Seri Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan