awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terpedaya istilah mati syahid - Mufti

Bernama
Bernama
14/10/2014
12:15 MYT
Jangan terpedaya istilah mati syahid - Mufti
Umat Islam di negara ini dinasihat jangan terpedaya dengan istilah 'mati syahid' yang kononnya akan diperoleh jika mereka mati berjuang bersama IS. -Gambar fail
Umat Islam di negara ini dinasihat jangan terpedaya dengan istilah 'mati syahid' yang kononnya akan diperoleh jika mereka mati ketika berjuang bersama kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mereka yang menyertai kumpulan berkenaan dan meninggal dunia di Syria misalnya tidak boleh dikategorikan sebagai mati syahid.
"Kalau (kita) Islam lawan Islam, mana boleh kata mati syahid," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.
Beliau meminta umat Islam tidak menyertai kumpulan berkenaan kerana ia bercanggah dengan pegangan agama.
"Bukan kumpulan IS sahaja, mana-mana kumpulan yang disifatkan sebagai ekstrem kita tidak boleh sertai sebab Islam tak benarkan.
"Kaedah Islam ini adalah kesederhanaan dan mengikut peraturan, kalau menyertai pertubuhan yang tidak mengikut syarak dan undang-undang, maka tidak dibenarkan," katanya.
Mohamad Shukri berkata ibu bapa dinasihatkan supaya lebih kerap memantau anak-anak mereka untuk tidak menyertai kumpulan ini.
"Minta semua ibu bapa awasi dan kita kena lihat siapa anak kita berkawan, tidak boleh biarkan anak ikut menyertai (sesuatu) pertubuhan sesuka hati dan perlu diawasi serta dijaga lebih pada zaman sekarang," katanya.
Dalam laporan berita Bernama semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria semakin agresif.
Ayob Khan berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu dengan hanya melalui Facebook menyasarkan golongan pelajar sekolah memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.
Katanya pihak berkuasa agama perlu mengeluarkan fatwa rasmi seperti dikeluarkan kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi iaitu mengharamkan rakyat berjihad di negara bergolak khususnya di Syria.
Topic Berkaitan
#IS
#Mohamad Shukri Mohamad
#mufti
#syahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan