awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terpedaya pihak yang mengaku 'polis Putrajaya'

Bernama
Bernama
13/08/2017
05:58 MYT
Jangan terpedaya pihak yang mengaku 'polis Putrajaya'
ROSLY: Panggilan telefon yang diterima oleh orang ramai adalah panggilan yang dibuat oleh sindiket tertentu dengan tujuan menipu.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini meminta orang ramai berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mengaku sebagai polis Putrajaya dalam menyelesaikan kes-kes kesalahan trafik dan langgar lari.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kes itu serta mendakwa menerima panggilan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya dan meminta wang daripada mangsa.
Katanya, panggilan yang didakwa datangnya daripada IPD Putrajaya kononnya meminta orang ramai menyelesaikan saman atau kes mereka dengan memastikan wang dalam akaun tertentu untuk penyelesaian kes.
"Ingin saya jelaskan pihak polis sendiri telah membuat laporan beberapa minggu lepas berkaitan penerimaan panggilan ini. Panggilan telefon yang diterima oleh orang ramai adalah panggilan yang dibuat oleh sindiket tertentu dengan tujuan menipu atau mencari keuntungan melalui panggilan palsu.
"Oleh yang demikian, saya menasihatkan orang ramai yang terpedaya agar membuat laporan polis dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menyamar polis
#PDRM
#polis
#Rosly Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan