awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terpedaya tawaran dana haji melalui telefon - TH

Eton Khir
Eton Khir
05/11/2021
05:06 MYT
Jangan terpedaya tawaran dana haji melalui telefon - TH
TH tidak pernah melantik organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran atau pakej haji. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya pendeposit Tabung Haji dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pihaknya menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.
Menurut TH, sebarang pemilihan giliran haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan.
Pada masa sama, TH turut menegaskan tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.
Justeru, pihak TH menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berkaitan penawaran dana bagi urusan haji.
Orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#tawaran dana
#melalui telefon
#giliran haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan