awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, dipacu data positif IPP Disember
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terpengaruh dengan suara-suara hasutan - Muhyiddin

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
16/07/2015
14:44 MYT
Jangan terpengaruh dengan suara-suara hasutan - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Islam adalah agama persaudaraan, dan Islam juga menganjur semua umat Islam untuk menghormati sesama insan.
Kita harus sentiasa memelihara keamanan dan keharmonian negara, jauhi permusuhan sesama Islam, mahupun dengan masyarakat bukan Islam,” nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin dalam video ucapan Hari Raya Aidilfitrinya.
Menurut Muhyiddin, Islam adalah agama persaudaraan, dan Islam juga menganjur semua umat Islam untuk menghormati sesama insan.
“Jika kita dapat mengamalkan ajaran Islam, maka saya percaya kita akan dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara kita yang berbilan kaum dan negara,” tambah Muhyiddin.
Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan hasutan yang mencetuskan pergaduhan dan perbalahan sesama insan.
Dengan bulan Ramadan yang mulia dan barakah ini, rakyat Malaysia diminta mengekang nafsu marah dan berlapang dada untuk bermaaf-maafan demi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat di negara ini.
Beliau juga berharap bulan Ramadan ini telah mendidik umat Islam untuk menjadi insan yang lebih mulia dan bertakwa kepada Allah SWT.
Muhyiddin juga meminta warga kota yang akan pulang ke kampung halaman untuk memandu dengan cermat dan mematuhi peraturan jalan raya serta menjaga keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.
Video ucapan Aidilfitri Muhyiddin telah dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau, semalam.
fb
fb
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Barakah
#bermaaf-maafan
#Malaysia
#Muhyiddin
#Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan