awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terperdaya agensi dakwa mampu keluar visa haji - Menteri Agama

Bernama
Bernama
30/05/2024
06:00 MYT
Jangan terperdaya agensi dakwa mampu keluar visa haji - Menteri Agama
Yang Dipertua Negeri Sarawak menyantuni salah seorang bakal haji pada majlis meraikan keberangkatan jemaah haji negeri Sarawak hari ini. Turut sama Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - Foto Bernama
KUCHING: Rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji diharap tidak terperdaya dengan agensi-agensi tertentu yang mendakwa mampu mengeluarkan visa atau permit haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata ini kerana di Malaysia hanya terdapat dua pihak yang mampu mengeluarkan visa haji iaitu Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.
"Tidak ada badan-badan atau agensi malah badan bukan kerajaan (NGO) lain yang boleh keluarkan visa haji.
"Ini penting untuk dimaklumkan kerana kita tidak mahu ada mana-mana pihak yang betul-betul ingin menunaikan haji ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan keberangkatan jemaah haji negeri Sarawak di sini, hari ini.
Majlis yang meraikan 142 orang bakal haji itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Jaafar.
Sementara itu Mohd Na'im berharap rakyat Malaysia tidak menggunakan visa pelancongan atau umrah untuk menunaikan ibadah haji.
"Kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang ini (tiada visa haji) termasuk dikenakan denda SAR10,000. Mereka juga akan ditahan sementara dan dihantar pulang ke negara asal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#ibadah haji usah tertipu
#visa haji
#Arab Saudi
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan