MALAYSIA akan bertemu Indonesia dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Jakarta hari ini.

Walaupun persaingan sangat sengit di antara Malaysia dan Indonesia dalam sukan bola sepak, dalam perkara lain, kita sebenarnya berkongsi minat sama dan tidak banyak yang membezakan kita daripada segi budaya.

Ini lima perkara yang dikongsi bersama Malaysia dan Indonesia:


1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Bukan sahaja di Malaysia, malah rakyat Indonesia juga meminati penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mesti anda tertanya-tanya mengapa Siti Nurhaliza begitu dikagumi sehingga ke Indonesia.

Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak berkongsi bersama Astro AWANI bagaimana Siti masih dikagumi di Indonesia selepas lebih 22 tahun mengembangkan kerjayanya di sana.




2. Upin & Ipin

Sebenarnya kita bukan sahaja berkongsi Datuk Seri Siti Nurhaliza, malah kita juga berkongsi minat yang sama terhadap siri dan filem animasi Upin dan Ipin.

Selain di Malaysia, animasi tersebut telah berjaya mencipta fenomena di Indonesia.

Animasi terbitan Les Copaque Production ini bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak di Indonesia, malah golongan dewasa juga meminatinya.

Hebat, bukan?


3. Dangdut

Tahu atau tidak muzik juga sebenarnya boleh menyatukan kita semua.

Muzik dangdut antara muzik yang boleh membuatkan anda menari dengan riang, bukan sahaja bersama keluarga, malah dengan teman-teman.

Meskipun muzik ini kelihatan agak kurang popular, namun ia menjadi pilihan semua generasi untuk diyanyikan ketika sesi karaoke.

Jadi apa tunggu lagi, goyang yuk.


4. Bola Sepak

Umum mengetahui bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai semangat kesukanan yang hebat.

Tidak kiralah siapa lawan mereka, semestinya setiap rakyat akan penyokong penuh negara masing-masing.

Bagi perlawanan bola sepak, Indonesia dan Malaysia mempunyai kelab penyokongnya tersendiri.

Di Malaysia kita ada #HarimauMalaya, manakala di Indonesia mereka ada #GarudadiDadaku.

Tidak kira dari mana pun mereka berada, semangat cintakan tanah air akan dipamerkan sehabis mungkin terhadap negara masing-masing.


5. Ayam Penyet

Sebut pasal makanan, siapa yang tidak menyukai ayam penyet?

Hidangan serba ringkas dan mudah iaitu nasi putih, sambal dan ayam goreng semestinya membuka selera semua orang, terutamanya di Malaysia dan di Indonesia.

Oleh itu, layaklah Ayam Penyet digelar makanan penyatuan dua negara. Sama ada restoran di dalam pusat membeli belah atau warung kecil di tepi jalan, hidangan inilah yang sering dicari rakyat Malaysia dan Indonesia.

Kita kan serumpun, jadi selera pun lebih kurang sama.


Meskipun kita saling bersaing dalam pelbagai perkara, tetapi anda boleh lihat kita masih berkongsi minat yang sama.

Jadi apa kata kita raikan persamaan ini dan #JanganGaduhGaduh.