SANDAKAN: Penduduk di pesisir pantai di sini dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing sebelum pukul 6 petang ini, susulan fenomena air pasang besar yang berlaku di sekitar daerah sini semalam, dijangka akan berlaku sekali lagi malam ini dan malam esok.
Ketua Polis Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di kawasan sekitar sini hingga esok.
"Saya telah meninjau beberapa tempat yang berisiko dan menasihatkan penduduk supaya berpindah ke rumah saudara mara atau ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang akan dikenal pasti di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 di sini hari ini.
Kira-kira 100 rumah di Kampung Forest di sini rosak akibat fenomena air pasang besar yang berlaku sejak kira-kira pukul 10 malam tadi menjejaskan lebih 300 penduduk, dan kebanyakan mangsa ditempatkan di PPS SK Sungai Anib 2.
Selain Kampung Forest, beliau berkata Kampung Tinusa 2 dekat sini juga mengalami air pasang dan ombak kuat malam tadi, namun tidak melibatkan kerosakan rumah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata beliau akan berjumpa dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi meminta unit Program Perumahan Rakyat (PPR) yang kosong untuk digunakan sebagai tempat tinggal sementara bagi mangsa berkenaan.
"Mangsa tidak ada tempat tinggal dan PPS bukan solusi jangka masa panjang. Saya difahamkan ada rumah PPR yang belum didiami boleh digunakan sementara mangsa mencari rumah lain," katanya.
Suri rumah Nurita Mohammad Jara, 35 memberitahu beliau bersama keluarganya dan jiran lain mulai berpindah dari rumah mereka pukul 8 malam tadi, dan paras air mulai meningkat serta berombak ketika itu.
Ali Osman Isnani, 62, pula berkata pukulan ombak kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini, dan beliau sendiri melihat beberapa rumah berlanggar dengan rumah lain selepas dipukul ombak.
"Apabila keadaan semakin pulih, saya cuba balik ke rumah dalam pukul 2.30 pagi, tetapi dihalang oleh pihak polis kerana keadaan berbahaya.
"Memang sedih sebab tahun-tahun dulu tidak seteruk ini, tetapi saya bersyukur keluarga dan penduduk selamat semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022
Selain Kampung Forest, Kampung Tinusa 2 dekat sini juga mengalami air pasang dan ombak kuat malam tadi. - Bernama
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada
Orang ramai terutama penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada Ahad dan Isnin.
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, ia akan menyebabkan banjir yang berlaku pada masa akan datang lebih buruk.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang
Penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari.
Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh
Seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.