awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan

Bernama
Bernama
07/01/2020
21:42 MYT
Jangkitan influenza di Johor terkawal - Pengarah kesihatan
Dr Aman Rabu (berdiri, tiga kanan) bersama Mohd Khuzzan (berdiri, dua kanan) mengedarkan risalah mengenai kesalahan merokok di premis makan sekitar Bandar Baru Uda, 7 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Kes jangkitan influenza di Johor masih terkawal dan tidak menunjukkan wabak, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Aman Rabu.
Beliau berkata pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan.
"Setakat ini tidak ada wabak. Influenza terdapat banyak jenis iaitu A, B dan C tetapi kita tidak spesifik untuk satu-satu influenza sahaja untuk dipantau.
"Pemantauan kita menyeluruh selagi ia melibatkan penyakit pernafasan dan selesema," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Dr Aman ditemui selepas menyertai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar melakukan Ops Penguatkuasaan Larangan Merokok di beberapa buah kedai makan di Bandar Baru Uda.
Semasa ditanya sama ada pihaknya ada merekodkan kes wabak penyakit yang melanda China ketika ini, Dr Aman berkata tiada laporan diterima setakat ini.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah membuat saringan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengenal pasti pelancong atau individu dari negara berkenaan yang mempunyai simptom demam.
"Sekiranya ada (kes individu mempunyai simptom), kita buat siasatan lanjut dan kuarantin sekiranya perlu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aman Rabu
#China
#demam
#Influenza
#Johor
#Johor Bahru
#keadaan terkawal
#kesihatan
#kuarantin
#pelancong
#pemantauan
#penyakit pernafasan
#pintu masuk
#saringan
#selesema
#siasatan
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan