PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluaskan janji temu melalui aplikasi MySejahtera kepada perkhidmatan kesihatan pergigian mulai hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, langkah itu akan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian selain daripada kaedah ‘walk-in’ yang masih lagi diteruskan.
"Melalui inisiatif ini juga, orang awam boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti kesihatan pergigian mengikut kesesuaian masa," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Ujar beliau, KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.
"Pelanggan akan diberikan pemeriksaan, perundingan atau rawatan pergigian pada janji temu pertama tersebut," katanya.
Menurut Dr Muhammad Radzi, sekiranya rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusnya akan diaturkan.
"Bagi kes kecemasan pergigian seperti sakit gigi atau kecederaan pada tisu muka atau gigi, orang awam boleh hadir terus ke mana-mana klinik pergigian berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu," tambah beliau.
Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan kaedah janji temu menerusi MySejahtera di fasiliti kesihatan primer KKM.
Menurutnya, pendigitalan sistem janji temu perkhidmatan kesihatan pergigian melalui aplikasi MySejahtera ini berpotensi meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian negara serta tahap kesihatan pelanggan.
"Ia mengukuhkan penjagaan kendiri dan saringan tahap kesihatan pergigian sebagai langkah pengesanan awal penyakit serta pencegahan penyakit pergigian," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 15 2023

Kerajaan menyasarkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara. -Foto Sinar Harian

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tiada perubahan syarat visa ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia - Wisma Putra
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

Fasa pertama sistem DRG dijangka dilaksana tahun ini - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata fasa pertama sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya tahun ini.

Kebakaran gas Putra Heights: KKM lapor polis, nafi dakwaan ada kematian
Kementerian Kesihatan membuat laporan polis berhubung komen di media sosial yang mendakwa terdapat kematian dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.

Akta 723: KKM akan panggil MMA untuk libat urus lanjut - Dr Dzulkefly
KKM akan mengadakan satu lagi pusingan perbincangan dengan MMA dan badan perubatan lain, berikutan bantahan terhadap langkah melaksanakan Akta 723.

RUU Akta Penjagaan Pra Hospital dijangka dibentang hujung tahun atau awal tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penjagaan Pra Hospital selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Israel serang hospital terbesar di selatan Gaza
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas hospital nasser, hospital terbesar di selatan Gaza, pada Ahad malam yang mengorbankan lima individu, mencederakan beberapa yang lain.

Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka beroperasi dalam masa terdekat
Pembinaan Hospital Pasir Gudang yang menelan kos melebihi RM380 juta kini hampir siap dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Penangguhan e-penempatan pegawai perubatan akibat gangguan teknikal serius - KKM
Bagaimanapun, Dr. Muhammad Radzi menegaskan gangguan teknikal berkenaan tiada kaitan dengan insiden serangan siber.

Penentuan bayaran perundingan GP swasta pada peringkat akhir - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi penentuan bayaran perundingan pegawai perubatan am (GP) swasta.

Penyelesaian jangka panjang kawal inflasi kos perubatan sedang ditangani segera - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama untuk menyegerakan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).