awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jari Bung Moktar sentiasa genggam tasbih, suka bantu dalam diam - Shahar Abdullah

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2025
03:50 MYT
Jari Bung Moktar sentiasa genggam tasbih, suka bantu dalam diam - Shahar Abdullah
Mohd Shahar (kiri) menyifatkan Allahyarham (kanan) sebagai sahabat yang membantu dalam senyap, hadir dengan keprihatinan dan memiliki kelembutan yang tidak banyak diketahui umum. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: "Jari Bung Moktar sentiasa tergenggam tasbih bila berada di dalam Dewan Rakyat."

Ringkasan AI
  • Ahli Parlimen Paya Besar mengenang Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai individu yang tegas namun memiliki sisi berzikir dan penuh ihsan.
  • Kenyataan dilontarkan oleh Mohd Shahar Abdullah menggambarkan Bung Moktar sebagai sahabat yang prihatin dan lembut.
  • Bung Moktar Radin, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah akibat komplikasi kesihatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Demikian luahan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika mengenang keperibadian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi Jumaat.
Kongsi Shahar dalam satu kenyataan hari ini, ramai mengenali Bung Moktar sebagai seorang yang tegas, namun beliau melihat sisi yang jarang terlihat yang mana beliau disifatkan seorang yang penuh ihsan dan selalu berzikir.
“Zikir perlahan yang sering melingkari ruang di antara kami, tidak kuat tetapi cukup untuk membuat hati ini merasa damai. Itulah bunyi yang kini tinggal sebagai kenangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai sahabat yang membantu dalam senyap, hadir dengan keprihatinan dan memiliki kelembutan yang tidak banyak diketahui umum.
“Hari ini, seorang sahabat yang duduk di sisi saya dalam Dewan berpulang pergi. Allahyarham kembali kepada Pencipta pada hari Jumaat yang mulia, hari yang dijanjikan sebagai perlindungan dari azab kubur bagi insan yang Allah muliakan perjalanannya,” ujarnya.
Mohd Shahar turut mendoakan agar Allah melapangkan perjalanan Allahyarham, mengampunkan segala kesalahan dan menempatkan arwah di taman yang tenang.
“Pergimu tidak hilang, hanya berpindah ruang. Zikirmu masih hadir, mengusap relung yang bimbang. Budi yang kau tinggal menjadi doa yang panjang.
"Semoga damai menjemputmu dalam kasih Allah yang lapang. Al-Fatihah. Damailah sahabatku di sana,” katanya menutup kenyataan.
Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah akibat komplikasi kesihatan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Bagaimana Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menggambarkan keperibadian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin? A: Datuk Mohd Shahar Abdullah menggambarkan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai seorang yang tegas tetapi juga penuh ihsan, selalu berzikir, dan memiliki kelembutan yang tidak banyak diketahui umum.
  • Q: Di manakah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia? A: Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah akibat komplikasi kesihatan.
  • Q: Apa yang dikongsi oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah dalam kenyataannya tentang Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin? A: Datuk Mohd Shahar Abdullah berkongsi bahawa Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sentiasa memegang tasbih dan merupakan sahabat yang membantu dalam senyap, hadir dengan keprihatinan, serta memiliki kelembutan yang tidak banyak diketahui umum.

Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#meninggal dunia
#UMNO Sabah
#Shahar Abdullah
#genggam tasbih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan