HANGZHOU: Jaringan lewat permainan tonggak pertahanan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia Hangzhou 2022 di tempat kelima selepas mengatasi Thailand 2-1, dalam perlawanan penentuan di Stadium Gongshu Canal Sports Park hari ini.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim meraih satu daripada empat slot ditawarkan pada Sukan Asia kali ini untuk beraksi pada Kelayakan Sukan Olimpik 2024 berlangsung di Changzhou, China dan Valencia, Sepanyol dari 13 hingga 21 Jan tahun depan.
Pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam hari ini, Thailand terlebih dahulu mengejutkan skuad kebangsaan pada minit kelima menerusi jaringan padang Inpa Kunjira.
Tersentak dengan jaringan lawan, skuad negara memperkemaskan corak permainan mereka bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang Hanis Nadiah Onn yang memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-12.
Pukulan sudut penalti sekali lagi membawa tuah buat negara apabila Nuraini menyumbat gol kemenangan empat minit sebelum perlawanan tamat sekali gus membawa pasukan negara beraksi di pusingan Kelayakan Sukan Olimpik 2024 tahun depan.
Bercakap selepas perlawanan, Mohd Nasihin memuji anak buahnya yang dapat menyerap tekanan selepas ketinggalan di awal permainan dan bangkit memberikan persembahan bertenaga untuk mencari kemenangan.
Beliau pada masa sama optimis bahawa prestasi Malaysian Tigress mampu berkembang lebih baik sekiranya mereka mendapat lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa.
Mohd Nasihin juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara, Konfederasi Hoki Malaysia dan peminat atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka sepanjang beraksi di Hangzhou.
Skuad hoki wanita negara tidak pernah beraksi di Sukan Olimpik sejak edisi pertama acara tersebut dipertandingkan di Moscow pada 1980.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Skuad hoki wanita negara tidak pernah beraksi di Sukan Olimpik sejak edisi pertama acara tersebut dipertandingkan di Moscow pada 1980. - Gambar fail/Bernama
Lembangan Maliau: Meneroka khazanah warisan 'The Lost World of Sabah'
Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau (MBCA) di Sabah kaya dengan khazanah warisan hutan hujan tropika yang tidak disentuh arus rakus pembangunan.
EURO 2024: Perancis bernasib baik, Austria berjuang hingga tamat
Sebanyak tujuh layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil dari Sepanyol, Jesus Gil Manzano, dalam aksi panas tersebut.
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Pada aksi final di Quaycentre di Sydney Olympic Park itu, bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
Pembangunan rumah keluarga disasar tampung keperluan 60 peratus anggota tentera
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kementerian turut berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk meneliti beberapa aspek berkaitan perumahan anggota agar dapat memenuhi sasaran berkenaan.
Dua universiti gagal tangani kebencian - Jabatan Pendidikan AS
Universiti Michigan dan City University of New York telah gagal dalam menangani insiden yang bersifat anti-Palestin, anti-Arab dan antisemitik.
Rakyat Israel antikerajaan adakan protes, gesa pilihan raya baharu
Mereka bertempur dengan polis berhampiran rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan menggesa pilihan raya baharu dilaksanakan.
Rakyat Israel anti-kerajaan protes gesa pilihan raya baharu
Penunjuk perasaan anti-kerajaan turun ke jalan-jalan di Baitulmaqdis, pada Isnin.
Kabinet Perang Israel, Netanyahu punya pilihan terhad
White House berkata, Perdana menteri Israel mempunyai pilihan yang terhad berhubung kabinet perangnya selepas keputusan bekas jeneral Benny Gantz meletakkan jawatan.
Kabinet perang adalah langkah dalaman yang diambil oleh perdana menteri (Israel) sebagi barisan yang boleh memberinya nasihat mengenai perang. Kami percaya ia adalah langkah yang berbaloi dan kami masih berpegang pada itu. Tetapi dengan keputusan Gantz untuk pergi, saya tidak pasti bahawa Perdana Menteri Netanyahu ditinggalkan dengan banyak pilihan lain.
Kabinet perang adalah langkah dalaman yang diambil oleh perdana menteri (Israel) sebagi barisan yang boleh memberinya nasihat mengenai perang. Kami percaya ia adalah langkah yang berbaloi dan kami masih berpegang pada itu. Tetapi dengan keputusan Gantz untuk pergi, saya tidak pasti bahawa Perdana Menteri Netanyahu ditinggalkan dengan banyak pilihan lain.
Bubar Kabinet Perang boleh rumitkan usaha gencatan senjata
Pembubaran Kabinet Perang Israel boleh merumitkan usaha antarabangsa untuk menjadi perantara gencatan senjata dalam perang Hamas-Israel.
Israel jadikan Gaza 'neraka di dunia' - PBB
Infrastruktur di Semenanjung Gaza mengalami kerosakan yang teruk dan terdapat pempolitikan bantuan di tengah-tengah penularan kelaparan dan penyakit dalam kalangan orang awam.
Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.
Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.
Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.
Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.
Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.
Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.