awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara

Astro Arena
Astro Arena
07/10/2023
11:03 MYT
Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Atlet karate negara Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik (dua, kiri) selepas berjaya meraih pingat emas dalam perlawanan menentang atlet dari Kazakhstan Daniyar Yuldashev (kiri) pada acara akhir Kumite Lelaki Bawah 84 Kilogram. - Foto Bernama
MUHAMMAD Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
Dalam perjalanan melangkah ke final, Arif merekodkan kemenangan ke atas Thanh Nanh Do dari Vietnam di pusingan 16, Sandi Virmanshah (Indonesia) di suku akhir sebelum mengatasi Baek Junhyeok (Korea Selatan).
Halangan terakhirnya merupakan wakil Kazakhstan, Daniyar Yuldashev, pemenang pingat gangsa edisi Jakarta-Palembang 2018, yang berkelebihan daripada segi fizikal ke atas Arif.
Bagaimanapun, Arif yang menamatkan saingan Kejohanan Karate Asia di Melaka di tempat ketujuh, memastikan dia berada di tahap terbaik bagi membuktikan kredibilitinya beraksi di pentas antarabangsa.
Menyedari lawan yang memiliki jangkauan ke atas dirinya, Arif bijak menggunakan kelebihan tersebut untuk melakukan serangan jarak dekat sekaligus berjaya mendahului 5-1.
Daniyar berusaha untuk bangkit dalam perlawanan ini, namun Arif memastikan dia kekal mendahului menerusi pungutan mata demi mata sebelum menoktahkan kemenangan 10-4.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan Asia Hangzhou
#Muhammad Arif Afifuddin
#rangkul pingat emas
#acara kumite karate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan