awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
JKM bantu pelajar UPSI alami kecacatan kekal mohon kad OKU
MALAYSIA
Jurutera rugi RM275,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian
MALAYSIA
Bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM100,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

JAS Kelantan laksana 183 lawatan penguatkuasaan, 13 kompaun dikeluarkan

Bernama
Bernama
29/06/2025
02:40 MYT
Sponsor Banner
JAS Kelantan laksana 183 lawatan penguatkuasaan, 13 kompaun dikeluarkan
Wan Aminordin (kiri) berkata program 4Xplore meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di samping menyemai semangat cintakan alam dalam kalangan peserta. - Gambar fail/BERNAMA
JELI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan telah melaksanakan sebanyak 183 lawatan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang di negeri itu sepanjang tahun ini.
Pengarah berkenaan Wan Aminordin Wan Kamarudin berkata hasil daripada lawatan penguatkuasaan itu sebanyak 13 tindakan kompaun dikeluarkan.
Beliau berkata bagi aspek penguatkuasaan terhadap punca bergerak seperti kenderaan bermotor pula, sebanyak 16 operasi telah dilaksanakan dan 18 kertas siasatan dibuka.
"Selain itu, pihak JAS Kelantan juga menerima sebanyak 128 aduan berkaitan pencemaran alam sekitar dan daripada jumlah berkenaan, sembilan tindakan kompaun dikenakan terhadap pihak yang didapati melakukan pelanggaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Penutup Program 4Xplore Teroka Alam: Legasi Di Bumi Kita Bersama Rakan Alam Sekitar sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 peringkat negeri Kelantan di Gunung Reng di sini hari ini.
Wan Aminordin berkata JAS Kelantan mempergiat pelaksanaan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pelbagai sumber pencemaran di negeri ini.
"Bagi pemantauan projek yang tertakluk di bawah Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) pada 2025, sebanyak 78 lawatan penguatkuasaan di lapangan telah dijalankan, dengan 15 tindakan susulan diambil terhadap projek yang gagal mematuhi syarat kelulusan EIA.
"Selain itu, sebanyak 23 laporan EIA telah diproses bagi memastikan kelulusan yang diberikan mengambil kira kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan meminimumkan risiko pencemaran," katanya.
Beliau berkata program 4Xplore ini diadakan sebagai inisiatif utama meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di samping menyemai semangat cintakan alam dalam kalangan peserta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAS Kelantan
#kilang
#alam sekitar
#Wan Aminordin Wan Kamarudin
#4Xplore
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami