KLANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menemui 100 tong Intermediate Bulk Container (IBS) berisi pelbagai bahan buangan yang disyaki mencemarkan Sungai Chandong, Pulau Indah di sini pada Selasa.
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, penemuan tersebut dibuat menerusi satu operasi serbuan di sebuah premis di sini yang juga pusat pengumpulan buangan terjadual tanpa kebenaran pihak terbabit.
Menurutnya, operasi yang disertai oleh anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki yang juga berada di premis tersebut.
"Beberapa sampel buangan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis kimia komposisi buangan.
"Siasatan atas kesalahan di bawah Seksyen 34B, 34A, Seksyen 18 dan Sekysen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 kini tertumpu kepada pemilik premis dan pengendali haram yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Nor Aziah berkata, sejak kejadian pencemaran yang dilaporkan pada 29 Jun lalu, sebanyak 14 buah premis sekitar Klang dan Shah Alam digempur pegawai JAS, namun tidak menemui kegiatan yang mencurigakan.
Ujarnya, penemuan dalam operasi pada Selasa tersebut hampir menyelesaikan misteri pencemaran air merah di Sungai Chandong.
Beberapa sampel buangan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis kimia komposisi buangan.
"Saya berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar.
"Pihak JAS memandang serius dan sentiasa mengambil tindakan tegas serta tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar.
"Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.
Pada Rabu minggu lepas, air Sungai Chandong yang bertukar menjadi merah tular di media sosial sebelum kembali normal berikutan air pasang pada hari sama.
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, kejadian disyaki daripada aktiviti pembuangan efluen di kawasan perindustrian Pulau Indah. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022

Penemuan dalam operasi JAS di Pulau Indah, Klang, pada Selasa, hampir menyelesaikan misteri pencemaran air merah di Sungai Chandong. - Foto Sinar Harian

KPDNHEP kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak bersubsidi - Alexander
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Operasi pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki.

JAS Selangor, MPK serbu premis cuci tong terpakai sebabkan pencemaran air
Premis yang menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram telah menyebabkan pembentukan buih berwarna putih di sebuah parit di Taman Ubudiah.