awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
30/12/2024
21:00 MYT
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar bersama isteri diiringi Hajiji ketika tiba pada Majlis Malam Penghargaan Dan Sanjungan Kasih di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, malam tadi. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Tun Juhar Mahiruddin telah memberi jasa dan sumbangan yang amat besar kepada Sabah sepanjang 14 tahun menjadi Yang Dipertua Negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji berkata, sepanjang tempoh itu juga Juhar menyaksikan pelbagai insiden dan perkembangan di Sabah yang melibatkan kerencaman serta dinamik dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan dan keagamaan.
Beliau berkata, Juhar telah menyaksikan beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah Sabah antaranya insiden pencerobohan oleh warga asing di Tanduo, Lahad Datu pada 2013 dan pandemik COVID-19.
"Rakyat Sabah tidak kira bangsa, budaya, agama dan kepercayaan sentiasa menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kepada Tun (Juhar) dan isteri, (Toh Puan Norlidah RM Jasni) dalam semua program yang mereka jayakan.
"Kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Sabah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun atas kepimpinan cemerlang sepanjang 14 tahun memerintah dan mendoakan beliau serta isteri sentiasa dalam keadaan baik dalam perjalanan seterusnya," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan dan Sanjungan Kasih untuk Juhar, di sini, malam tadi.
Juhar akan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 hari ini, dan bekas Ketua Menteri Tun Musa Aman bakal menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa Rabu ini.
Terdahulu, Juhar dan Norlidah tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu pada 8.10 malam diiringi Hajiji dan isteri, Datin Seri Juliah Salag bagi menghadiri majlis tersebut.
Hadir sama menteri Persekutuan dan negeri, anggota Kabinet kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan serta konsul kehormat dari negara asing.
Majlis anjuran kerajaan negeri itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta persembahan tarian sambut tamu sebelum ucapan alu-aluan Ketua Menteri. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Musa Aman
#Hajiji Noor
#Juhar Mahiruddin
#Yang Dipertua Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan