awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu

Bernama
Bernama
18/04/2024
21:10 MYT
Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu
Urusan penghormatan terakhir bagi tetamu kenamaan dan orang ramai dijadual diadakan bermula 2 petang hingga 8 malam hari ini.
KOTA KINABALU: Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini pada 11.20 malam tadi dengan pesawat komersial.
Penerbangan membawa mendiang pada asalnya dijadualkan pada 9.15 pagi Khamis, bagaimanapun ditunda berikutan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia.
Anak mendiang iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup turut mengiringi jasad bapanya itu.
Jasad mendiang akan dibawa ke Fook Lu Siew Coffin Supplies Sdn Bhd, Jalan Tuaran di sini bagi urusan penghormatan terakhir bagi tetamu kenamaan dan orang ramai yang dijadual diadakan bermula 2 petang hingga 8 malam hari ini.
Semalam, Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada usia 79 tahun.
Mendiang ialah bekas Ahli Parlimen Pensiangan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional).
Joseph bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994 dan anaknya Arthur yang juga Timbalan Presiden menggantikan ayahnya sebagai Presiden pada Januari tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joseph Kurup
#Jasad
#penghormatan terakhir
#PBRS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan