awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad Roshaan selamat disemadikan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2024
06:18 MYT
Jasad Roshaan selamat disemadikan
MPV membawa jasad Roshaan tiba di Krematorium Hindu Johor Bahru, Johor Bahru pada Khamis untuk upacara pembakaran mayat. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jasad pembantu juruterbang dalam nahas pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Roshaan Singh Raina, selamat menjalani upacara pembakaran di Krematorium Hindu Johor Bahru di Jalan Kebun di sini pada Khamis.
Jasad mendiang yang dibawa menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba di krematorium tersebut pada jam 12.40 tengah hari dari kediaman keluarganya di Sunway Bukit Lenang di sini.
Kira-kira 100 ahli keluarga mendiang dan kenalan daripada pelbagai bangsa hadir bagi memberi penghormatan dan sokongan moral kepada keluarga mendiang.
Suasana pilu menyelubungi krematorium tersebut dan usaha pihak media untuk menemuramah keluarga mangsa tidak berjaya kerana mereka enggan dan bersedih dengan tragedi itu.
Dalam kejadian pada jam 1.30 petang Selasa, juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan, 34, maut selepas pesawat ringan model BK 160 Gabriel dinaiki mereka terhempas di Kampung Tok Muda.
Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao dilaporkan berkata, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa mendapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan nahas pesawat.
Roshaan merupakan anak kepada pakar sakit puan terkenal di bandar raya ini, Dr K N Singh dan pasangan Jyotika Patel. -SInar Harian
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Roshaan Singh Raina
#Krematorium Hindu Johor Bahru
#Daniel Yee Hsiang Khoon
#pesawat ringan terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan