awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan di GLC bukan habuan untuk orang politik semata-mata - Jeniri Amir

Eton Khir
Eton Khir
30/05/2021
10:07 MYT
Jawatan di GLC bukan habuan untuk orang politik semata-mata - Jeniri Amir
Tegas Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, desakan banyak pihak agar menghentikan lantikan pemimpin politik yang tidak kompeten juga ada kewajarannya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Rahman sebagai Pengerusi Prasarana secara serta-merta harus dijadikan pengajaran terhadap budaya melantik ahli politik menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Malah, tegas Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, desakan banyak pihak agar menghentikan lantikan pemimpin politik yang tidak kompeten juga ada kewajarannya.
Dalam masa sama, beliau berkata, perlu ada keseimbangan antara lantikan politik dan ahli profesional dalam mengisi jawatan tertinggi di syarikat-syarikat berkaitan.
"Yang penting ialah harus ada keseimbangan antara lantikan politik dengan ahli profesional serta ahli lembaga pengarah, (namun) apa yang berlaku ialah sesetengah pengerusi itu membawa kroni-kroni atau rakan-rakan mereka.
“(Sedangkan) apa yang paling penting ialah ahli politik (yang dilantik) dalam GLC itu harus ada kelayakan dan pengalaman. Dua faktor ini dapat memastikan mereka berada di landasan yang betul," jelas beliau dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Ahad.
GLC dan Politik | GLC bukan habuan orang politik
Menurut beliau, pelantikan mana-mana individu untuk menerajui GLC dan GLIC harus dibuat dengan teliti bagi mengelakkan berlaku salah guna kuasa khususnya ketika membuat keputusan yang boleh membawa kerugian dan menjejaskan agensi-agensi itu sendiri.
“Jika kerajaan hendak juga melantik mereka (ahli politik), perlu untuk kerajaan menyediakan ‘perjanjian khas’ antara Ahli Parlimen atau ahli politik yang bakal dilantik itu dengan GLC/ GLIC berkenaan agar mereka hanya menjalankan tugas sebagai pengerusi bukan eksekutif
“Dan mereka tidak mencampuri sebarang urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan urusan perolehan serta tidak boleh menggunakan peruntukan syarikat untuk program tanggungjawab sosial korporat di kawasan Parlimen mereka,” kata Jeniri lagi.
Topic Berkaitan
#GLC
#Parlimen
#ekonomi
#prasarana
#Malaysia
#GLIC
#ahli politik
#jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan