KUALA LUMPUR:Jangan rencatkan momentum Kabinet sedia ada dengan permasalahan politik.
Itu pendirian tegas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkait isu pelantikan individu bagi menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut beliau, sebarang perubahan yang berlaku hanya \akan menjejaskan momentum anggota Kabinet sedia ada.
"Saya nampak, kerajaan hari ini semakin diterima oleh orang ramai, anggota Kabinet telah berfungsi dengan amat baik dan momentum ini harus diteruskan.
"Jika kita membuat perubahan, ia akan merencatkan momentum. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah cakap terus terang, kalau tanpa pandemik COVID-19, dia akan laksanakan Pilihan Raya Umum (PRU).
"Namun, kita ada kekangan dengan pandemik yang terpaksa kita tangguhkan (PRU). Jika pilihan raya umum semakin hampir, saya berpandangan, janganlah kita merencatkan momentum sokongan kepada kerajaan yang begitu baik sekarang ini," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, Muhyiddin sewajarnya diberi kebebasan sepenuhnya dalam menetukan individu yang akan menduduki kerusi timbalannya itu.
Malah, beliau percaya Perdana Menteri juga telah mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin parti di dalam Perikatan Nasional (PN) berkait isu tersebut.
"Ini bukan perkara baharu yang kita dengar. Saya kira semua pihak termasuk daripada parti-parti lain juga, jika boleh mahu menduduki kerusi yang lebih banyak ataupun yang lebih baik.
"Namun, dalam perkara ini, saya kira Perdana Menteri telah memperhalusi setiap perkara dalam membuat sesuatu keputusan.
"Jadi saya berpandangan, semua pihak yang ada cita-cita atau kehendak seperti ini (menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri) untuk memberi kebebasan kepada Muhyiddin untuk membuat satu keputusan demi kepentingan semua." ujarnya.
BACA: Sekarang bukan masa sesuai UMNO tuntut jawatan TPM - Penganalisis politik
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu temu bual eksklusif bersama Mingguan Malaysia dilaporkan berkata isu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi pemimpin UMNO akan dibangkitkan semula sebaik Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat selesai.
Ismail Sabri berkata, pada masa ini tiada pemimpin UMNO diberikan jawatan tertinggi dalam Kabinet, melainkan satu daripada empat jawatan menteri kanan yang disandang beliau, meskipun UMNO memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Namun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Muhyiddin mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada parti itu.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, kuasa pelantikan Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri terletak sepenuhnya kepada budi bicara Perdana Menteri.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 30 2020
Ahmad Faizal berkata, Muhyiddin sewajarnya diberi kebebasan sepenuhnya dalam menentukan individu yang akan menduduki kerusi timbalannya itu. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.