KOTA SAMARAHAN: Satu jawatankuasa khas antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak ditubuhkan bagi memperhalusi isu sektor pendidikan dan kesihatan di negeri itu tanpa birokrasi, kata Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Beliau berkata perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
"Di peringkat kita iaitu pegawai negeri akan bekerjasama dengan pegawai Persekutuan bagi membincangkan perkara yang perlu diambil tindakan segera agar kurang birokrasi dan pastikan projek (berkaitan dua sektor) ini dilaksanakan dengan segera.
"Jawatankuasa ini berbeza dengan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri kerana ia menjurus kepada semua projek Persekutuan yang fokus kepada pendidikan dan kesihatan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas taklimat berkenaan yang berlangsung lebih sejam di Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Cawangan Kota Samarahan.
Mohamad Abu Bakar yang membentangkan isu berkaitan pembangunan negeri dalam taklimat itu memaklumkan Sarawak memerlukan perhatian serius serta peruntukan daripada Persekutuan bagi projek seperti klinik dan sekolah daif.
Taklimat berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta timbalan-timbalan premier dan barisan menteri Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Penyanyi pop yeh yeh, A Halim meninggal dunia
Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang hari ini.
Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan.
Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas
Nor Hisham berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.
Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi
Ia untuk membincangkan serta memutuskan sama ada tiba masanya untuk membenarkan kewujudan rangkaian kedua.
Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan
KPDN akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan.
Jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam ditubuhkan
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang tur
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu segera ditubuhkan - PPMM
Jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja perlu segera ditubuhkan dengan mengambil kira keadaan semasa melibatkan pelbagai cabaran undang-undang.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah langkah tepat, perlu disegerakan - Pakar
Isu perundangan syariah sering kali berdepan cabaran berat khususnya apabila melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan Mahkamah Sivil.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anggota Jawatankuasa Khas penggubalan undang-undang syariah dilantik dalam masa terdekat
Senarai individu terlibat telah dimuktamadkan, terdiri daripada golongan pakar perundangan, kehakiman serta pengamal undang-undang di Malaysia.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.