KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas yang ditugaskan untuk menyiasat secara teliti kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah memutuskan untuk melantik pakar patologi kanan bagi membantu siasatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi yang juga Pengerusi jawatankuasa khas itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa, pakar patologi akan melakukan siasatan menyeluruh untuk menyiasat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner, hasil siasatan polis dan aspek lain mengenai punca kematian anggota bomba itu.
"Pakar patologi telah diberi tempoh akhir yang telah ditetapkan untuk menyelesaikan siasatan dan membuat laporan terperinci mengenai hasil penemuan mereka. Kerajaan serius untuk menyelesaikan kes ini, yang telah ditangguhkan sejak 2018.
"Jawatankuasa Khas ini dijadual bermeyuarat dalam tempoh sebulan lagi, setelah menerima laporan daripada jawatankuasa kecil pakar patologi kanan," katanya.
Wan Junaidi berkata beliau dan anggota Jawatankuasa Khas iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengadakan mesyuarat pertama semalam, di Bukit Aman untuk membincangkan berkaitan kes tersebut
Dalam mesyuarat itu, anggota Jawatankuasa Khas tersebut turut membincangkan secara terperinci fakta dan kronologi berkaitan kematian Muhammad Adib, katanya.
"Semestinya, kes ini tidak mudah untuk diuruskan dan memerlukan pelbagai peringkat siasatan. Sebab itulah kami memutuskan untuk melantik pakar patologi kanan untuk membantu kami dalam siasatan kes ini," kata Wan Junaidi sambil menambah bahawa tindakan selanjutnya akan dilakukan setelah menerima laporan tersebut.
Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menyiasat kes kematian Muhammad Adib selain bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas untuk meneliti dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya 'My Story: Justice in the Wilderness', serta membuat semakan semula dan pentafsiran kes untuk mengkaji semula pilihan undang-undang Malaysia berhubung dengan Pulau Batu Puteh.
Penubuhan Jawatankuasa Khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keadilan diberikan dan memastikan pelaku yang menyebabkan kematian Muhammad Adib dihadapkan ke muka pengadilan, kata Wan Junaidi.
Muhammad Adib, cedera parah semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018, selepas berjuang untuk hidup selama 21 hari.
Allahyarham dikatakan diserang serta dipukul hingga cedera parah, malah jentera bomba turut dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan yang berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu.
Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad berlangsung selama 41 hari dan berakhir 24 Julai 2019. Seramai 30 saksi dipanggil dan 137 bahan bukti dikemukakan.
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih daripada dua individu tidak dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Pakar patologi akan melakukan siasatan menyeluruh untuk menyiasat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner, hasil siasatan polis dan aspek lain mengenai punca kematian Muhammad Adib. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan terus bela nasib Beng Hock, Adib
Kerajaan terus membela nasib mendiang Teoh Beng Hock dan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dengan memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian mereka.
Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan
Kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun lepas itu, semalam.
Rotan murid: Ustaz perlu jalani hukuman penjara 6 bulan serta-merta
Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengembalikan semula hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Kajang pada 16 Nov 2018.
Kes Muhammad Adib: JBPM hargai usaha kerajaan tubuh jawatankuasa khas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghargai usaha kerajaan melalui penubuhan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kematian anggotanya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
"Allah ada sesuatu yang lebih baik", bekas tunang Adib redha selepas setahun
Najihah turut mencatatkan tarikh yang memberi makna besar buatnya iaitu pada 17 Disember 2018 hingga 17 Disember tahun ini.
"Saya boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri" - Tun M
Januari lepas, Dr Mahathir berkata, beliau akan memutuskan kedudukan Waytha Moorthy menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib
Inkues Kematian Adib: Hormati keputusan Mahkamah Koroner - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam, berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Tunang Adib bersyukur dengan keputusan hari ini
Nurul Najihah keluar dari mahkamah dalam keadaan menangis sambil dipimpin oleh seorang wanita.
Keputusan ini yang ditunggu keluarga - Abang Muhammad Adib
Mohd Asraf Mohd Kassim, abang kepada Muhammad Adib
Keputusan inkues Adib diumum hari ini
Prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bermula 11 Februari lalu.