KUALA SELANGOR: Jawatankuasa khas bagi pengawalan perebakan kes di sekolah di Selangor sedang menunggu garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung penanda aras yang membenarkan sesebuah sekolah ditutup sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 dalam fasiliti pendidikan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata buat masa ini pihaknya telah bermesyuarat dengan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berhubung keadaan semasa jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar di negeri ini, dan jelasnya KPM akan mengumumkan satu garis panduan berhubung penutupan sekolah dalam masa terdekat.
"Saya semalam bermesyuarat dengan Radzi dan kita dapati kes di Selangor tidak banyak tetapi merata di sesebuah sekolah. Jadi sejauh mana dapat kawal, kita tunggu kementerian sebab mereka kata nak keluarkan satu garis panduan bila sebenarnya sekolah harus ditutup.
"Adakah satu kes sudah kena tutup, atau tunggu 400 kes baru tutup. Itu yang kita sedang tunggu," katanya selepas Majis Serahan Kunci Bantuan Bina Rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) disini, hari ini.
Isnin lepas Amirudin menerusi muat naik video di Facebook rasminya @Amirudin Shari mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa diketuai Jabatan Pendidikan dan dianggotai Jabatan Kesihatan serta Unit Bencana negeri, yang bertujuan mengenal pasti lokaliti yang mempunyai jangkitan COVID-19 yang tinggi dalam komuniti.
Setelah dikenal pasti, penduduk lokaliti itu akan melakukan saringan bersasar di bawah kendalian kerajaan negeri dalam usaha bagi mengelakkan virus yang berada dalam komuniti dibawa ke sekolah.
Terdahulu, 13 keluarga asnaf fakir dan miskin di daerah Kuala Selangor menerima rumah baharu dari LZS dengan nilai lebih RM1.2 juta yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop.
Saipolyazan berkata sejak 2010 sebanyak 2,283 buah rumah telah diserahkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf dengan nilai keseluruhan agihan zakat sebanyak RM99.9 juta.
"LZS turut menyalurkan Bantuan Baik Pulih Rumah sedia ada melibatkan 3,602 buah rumah sejak tahun 2010 dengan jumlah agihan zakat sebanyak RM57.35 juta.," katanya.
Bernama
Fri Apr 23 2021
Amirudin berkata buat masa ini pihaknya telah bermesyuarat dengan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berhubung keadaan semasa jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar di Selangor - Gambar fail
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Selangor rangka peruntukan khas persediaan SUKMA 2026 - Amirudin
Langkah itu bagi menampung keperluan sekiranya jumlah peruntukan RM6 juta melalui Belanjawan Selangor 2025 tidak mencukupi.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Selangor pertimbang naikkan gaji pegawai di pusat khidmat masyarakat - Amirudin
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan gaji kakitangan di pusat khidmat masyarakat (PKM) di seluruh Selangor.
Ramai kanak-kanak GISB diselamatkan di Selangor ada masalah bantut, kemurungan, 'anxiety'
Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.
Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan 45.81 peratus setakat 30 Okt
Beliau berkata peratusan itu menunjukkan kemajuan peningkatan kerja tiga hari lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan sejak stadium itu mula dirobohkan pada Julai.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.