awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawi buka kertas siasatan terhadap 4 peserta Islam ratu cantik Malaysia

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
23/07/2013
12:47 MYT
Jawi buka kertas siasatan terhadap 4 peserta Islam ratu cantik Malaysia
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya.
Pengarah Jawi Datuk Haji Che Mat Che Ali berkata kertas siasatan itu dibuka berikutan keempat-empat mereka tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.
“Bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) untuk menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
“Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi.
“Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah,” kata Che Mat dalam satu kenyataan.
Sekiranya disabit kesalahan, kesemua mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut Che Mat Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik dari dulu lagi.
“Peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa itu.
“Namun, fatwa itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505) memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.
“Oleh itu, kenyataan itu dianggap menghina agama Islam,” katanya.
Seorang daripada peserta itu, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa itu.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya kepada satu akhbar tempatan.
Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte pula berkata beliau ingin mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.
Topic Berkaitan
#fatwa
#JAWI
#ratu cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan