KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) supaya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan berhubung perhimpunan dan perarakan di ibu negara, Ahad lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata JAWI selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang.
Beliau berkata pihaknya telah menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Jabatan ini ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali.
PDRM dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran perhimpunan dan perarakan berkenaan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.
Seramai 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi manusia, mahasiswa dan ahli parti politik telah berhimpun dan berarak sambil memegang plakad antaranya tertulis 'Imagine If Men Are As Disgusted With Rapes As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Women, Police Your Behaviour Not My Body.'
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
Mohd Na'im berkata pihaknya telah menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini. - Fail/BERNAMA
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - "Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium
Jawi mengesahkan tangkapan pasangan dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.
Pengurusan tandas terbaik: JAWI, MAIWP beri insentif RM120,000 untuk masjid, surau
Insentif itu akan diberikan setelah penilaian berkala dibuat dalam tempoh enam bulan secara konsisten.
JAWI komited laksana program bimbingan al-Quran, fardu ain kepada OKU
JAWI komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan.
JAWI gesa masjid di KL, Putrajaya, Labuan laksana Qunut Nazilah bermula hari ini
JAWI menggesa pihak masjid, surau Jumaat, dan seluruh surau Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat Fardu bermula hari ini
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.
Qazaf: NGO Islam minta JAWI siasat Radzi, Mubin sebut perkataan jelik terhadap Anwar
Dua NGO Islam meminta JAWI menyiasat tindakan Radzi dan seorang lagi yang didakwa menyebut perkataan jelik terhadap Anwar yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.
Video tular isu bacaan doa: JAWI jalankan siasatan lanjut
JAWI akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain.