awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan

Bernama
Bernama
26/02/2025
14:08 MYT
JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Mohd Na'im berkata langkah meningkatkan keselamatan itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diminta menyelaraskan semua masjid dan surau di bawah seliaannya untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di institusi masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah, susulan kejadian cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menunaikan solat subuh di sebuah masjid baru-baru ini.
"Saya amat mengharapkan Ashabul Fadhilah Pengerusi Jawatankuasa Kariah bersama seluruh jawatankuasa dan pengurusan mengambil inisiatif mempertingkatkan tahap keselamatan institusi masjid dan surau masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pengurusan dan Penyampaian Bantuan Ihya Ramadan Masjid dan Surau serta Penyampaian Tauliah Amil Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2025 di sini hari ini.
Dalam masa sama, Mohd Na'im berkata institusi masjid perlu menjadi tempat membina kekuatan akidah umat dan mendidik masyarakat melalui pengamalan syariat selain mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
"Saya mengambil peluang ini untuk menekankan mengenai kepentingan mengoptimumkan segala sumber yang ada di masjid dan surau termasuklah sumber kewangan melalui tabung-tabung masjid dan tenaga mahir yang terdiri daripada anggota jawatankuasa kariah daripada pelbagai latar belakang profesion dan akademik.
"Dengan mengoptimumkan sumber ini, saya percaya matlamat mengembalikan fungsi masjid sebagai institusi penting dalam kehidupan masyarakat dapat direalisasikan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Garis Panduan Pembesar Suara Masjid dan Surau telah disediakan oleh JAWI sebagai rujukan kepada pihak ahli jawatankuasa masjid serta surau untuk memastikan keharmonian di dalam kariah masing-masing terpelihara.
"Garis panduan ini akan diedarkan melalui pekeliling yang akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid JAWI," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAWI
#masjid
#surau
#keselamatan
#kes cabul
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan