awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM bakal terima 30 unit FRT baharu tahun ini

Bernama
Bernama
11/04/2025
14:45 MYT
JBPM bakal terima 30 unit FRT baharu tahun ini
Nor Hisham ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima diantara JBPM dengan CLW Special Automobile Sdn Bhd di Ibu Pejabat JBPM Malaysia hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menerima 30 unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) yang baharu pada tahun ini sekali gus mempertingkatkan lagi kompetensi tindak balas terhadap panggilan kecemasan.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata penerimaan jentera itu dilaksanakan melalui kaedah tukar beli dengan kerjasama syarikat CLW Special Automobile (M) Sdn Bhd (CLW Malaysia).
Menerusi kerjasama itu, CLW Malaysia akan mengambil 30 unit jentera FRT milik JBPM yang berusia lebih 20 tahun dianggarkan bernilai RM2.33 juta dan menggantikan dengan 30 unit jentera FRT yang baharu.
"CLW Malaysia juga bersetuju melaksanakan dan menyiapkan projek ini dalam tempoh enam bulan iaitu jauh lebih singkat berbanding proses perolehan baik pulih yang kebiasaan mengambil masa dua tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (Bagi Tender Bekalan) antara JBPM dan CLW Malaysia di sini hari ini.
Nor Hisham berkata pihaknya sedang meneliti beberapa lagi jentera milik pasukan itu yang berusia lebih 20 tahun untuk ditukarkan dengan jentera baharu.
Sementara itu, JBPM dalam kenyataan sempena majlis itu memaklumkan pelaksanaan projek perolehan rundingan terus 30 unit FRT sedia ada merupakan langkah tepat bagi memastikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang efektif dapat disalurkan kepada masyarakat.
Menurut kenyataan itu, pemerkasaan aset JBPM dengan kesiapsiagaan jentera FRT ini juga sudah pastinya mampu membantu meningkatkan pencapaian sasaran masa tindak balas yang telah ditetapkan jabatan iaitu di bawah 10 minit.
Pada majlis itu, Nor Hisham menyerahkan Surat Setuju Terima tersebut kepada wakil syarikat yang juga Pengarah Perniagaan CLW Malaysia Khor Song Joo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#FRT
#Nor Hisham Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan