awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM N.Sembilan terima 119 panggilan kecemasan sepanjang Op Aidilfitri

Bernama
Bernama
12/05/2022
21:15 MYT
JBPM N.Sembilan terima 119 panggilan kecemasan sepanjang Op Aidilfitri
Statistik kes panggilan kecemasan menunjukkan pelbagai kempen dan program pencegahan yang dilaksanakan JBPM Negeri Sembilan adalah berkesan.
SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan menerima 119 panggilan kecemasan sepanjang Operasi Selamat Kebangsaan sempena sambutan Aidilfitri bermula 29 April hingga 8 Mei lepas.
Pengarahnya, Hamdan Ali berkata jumlah itu termasuk 33 panggilan diterima membabitkan kebakaran serta 86 panggilan berhubung penyelamatan dan khidmat kemanusiaan sepanjang tempoh berkenaan.
"Kebakaran struktur mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 15 kes, diikuti lain-lain kebakaran 12 kes, terbuka empat kes dan kenderaan dua kes. Tiada kes melibatkan sebarang kematian akibat kebakaran.
"Panggilan kemalangan jalan raya yang diterima adalah 16 kes termasuk dua kes kemalangan maut jalan raya bandaran/negeri di kawasan Felda Palong 5, Gemas dan Simpang Durian, Simpang Pertang, Jelebu," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata bilangan mangsa terlibat pula adalah seramai 29 individu dalam tempoh berkenaan.
Hamdan berkata statistik kes panggilan kecemasan ini menunjukkan bahawa pelbagai kempen dan program pencegahan yang dilaksanakan JBPM negeri adalah berkesan selain masyarakat juga peka untuk menitikberatkan keselamatan sama ada kebakaran mahupun di jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#JBPM Negeri Sembilan
#panggilan kecemasan
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan