awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM Sabah persiap aset dan anggota hadapi impak luruan Monsun Timur Laut

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/12/2021
11:22 MYT
JBPM Sabah persiap aset dan anggota hadapi impak luruan Monsun Timur Laut
Pengarah JBPM Sabah, Md Ali Ismail menginatkan orang ramai agar menangguhkan dahulu aktiviti riadah di kawasan terlibat bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. - Foto JBPM Sabah
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah diletakkan dalam keadaan lebih siap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut bermula esok.
Pengarahnya Md Ali Ismail berkata, ia selari ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang menjangkakan akan berlaku luruan monsun dengan membawa angin sejuk dari Siberia.
Keadaan ini dijangkakan mengakibatkan hujan berterusan, terutama di kawasan pantai timur dan utara Sabah.
"Keadaan ini berpotensi akan mengakibatkan berlakunya banjir, tanah runtuh dan lain-lain kecelakaan berkaitan.
"Justeru, orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan tersebut harus lebih peka dan sentiasa berwaspada.
"Bagi orang ramai yang merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah di kawasan pinggiran sungai atau aktiviti pendakian di kawasan-kawasan tersebut, dinasihati agar menangguhkan dahulu hasrat bagi mengelakkan berlakunya malapetaka di luar jangka," katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.
Md Ali berkata, JBPM Sabah telah diletakkan dalam keadaan lebih bersiap siaga, dengan aset-aset berkaitan diletakkan di lokasi-lokasi strategik dengan lebih awal.
"Kita juga membuat pemantauan dari masa ke masa dan sentiasa akan berkoordinasi dengan agensi-agensi lain di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah/Negeri untuk bertindakbalas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya lagi.
Tambahnya, ia selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara No.20; Mekanisme Pengurusan Bencana di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Sabah
#banjir
#Majlis Keselamatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan