PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini telah menyediakan garis panduan untuk membina stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), di premis seluruh negara.
Pengarah Bahagian Ope-rasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Datuk Ahmad Izram Osman berkata garis panduan tersebut, sudah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk dinilai sebelum diumumkan kelak.
"Bagi menyiapkan garis panduan ini, kita bekerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia, Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA), dan pelbagai badan bukan kerajaan.
"Antara cadangan dalam garis panduan tersebut ialah jarak kenderaan daripada laluan masuk dan keluar premis, tingkat yang sesuai untuk pemasangan dan pelbagai perkara lain," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Ahmad Izram berkata garis panduan tersebut ialah prosedur permohonan dan kelulusan pemasangan stesen pengecas EV di premis, sama ada di dalam atau di luar bangunan dengan melihat daripada sudut keselamatan kebakaran.
Beliau berkata, garis panduan tersebut disediakan untuk kawalan keselamatan kebakaran bagi pemasangan stesen pengecas EV di premis dan kawasan komersial sahaja, serta tidak melibatkan lokasi kediaman.
Ahmad Izram berkata setakat ini, terdapat 1,063 stesen pengecas EV seluruh negara dan kerajaan menjangkakan 10,000 stesen menjelang 2025.
Selain itu, Ahmad Izram berkata proses pemadaman melibatkan EV memerlukan penggunaan air yang banyak dan memakan masa, serta berisiko untuk terbakar semula.
Beliau berkata antara risiko yang boleh menyebabkan kebakaran EV ini ialah bateri, keadaan jalan raya, cuaca persekitaran dan stesen pengecas.
"Sebagai contoh kemalangan di jalan raya seperti jika ada kepanasan atau geseran, itu boleh menyebabkan kebakaran, kerana bateri kenderaan elektrik ini ditempatkan di lantai atau bawah kereta itu.
"Selain itu boleh berlaku lintar pintas dalaman dan luaran, terlebih voltan, terlebih cas, kepanasan luaran dan kerosakan buatan...ini memberi kesan kepada suhu naik dan boleh merebak ke kenderaan lain," katanya.
Ahmad Izram berkata setakat ini pihaknya menggunakan medium pemadaman secara konvensional iaitu menggunakan air dan buih (foam), serta beberapa peralatan khas seperti sarung tangan khas.
Beliau berkata sarung tangan tersebut disediakan di dalam setiap jentera JBPM sejak 2015, ketika negara menghadapi kemasukan kenderaan hibrid.
"Kenderaan hybrid ini menggunakan bateri dan petrol dan kita pelajari cara untuk proses pemadaman kenderaan yang menggunakan bateri sepenuhnya.
"Kenderaan elektrik pula memerlukan kaedah penyejukan untuk proses pemadaman kerana ia mempunyai thermal runaway, jika tidak dicegah api akan merebak ke tempat lain...beza (cara pemadaman) dengan kenderaan yang ada ketika ini, kita selalunya menggunakan air bergantung kepada situasi dan tidak mengambil masa lama," katanya.
Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan membabitkan kenderaan elektrik, namun sebanyak lapan laporan kenderaan jenis hibrid, diterima pada tahun ini.
Selain itu, terdapat satu laporan membabitkan kebakaran empat skuter elektrik di Kuala Lumpur pada April lepas, yang turut menyebabkan sembilan motosikal terbakar dalam kejadian itu.
Ahmad Izram berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pembekal pemasang kenderaan elektrik, bagi mengenal pasti bahagian kenderaan yang boleh membantu kepada usaha pemadaman, sekiranya terbakar.
"JBPM sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan berlaku kebakaran melibatkan kenderaan elektrik ini...kita akan gunakan kelengkapan sedia ada, selain meneruskan kesedaran awam mengenai perkara ini," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dilaporkan berkata dalam usaha memperluas ekosistem EV di negara ini, pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV merupakan satu aspek yang perlu diberikan tumpuan utama, dengan menyasarkan 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Garis panduan tersebut ialah prosedur permohonan dan kelulusan pemasangan stesen pengecas EV di premis. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST
Syarikat yang mengendalikan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor yang terbakar 31 Dis lepas didapati beroperasi tanpa lesen.
JBPM sedia garis panduan bina stesen pengecas kenderaan elektrik
Garis panduan tersebut, sudah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk dinilai sebelum diumumkan kelak.