KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca insiden yang meragut nyawa anggotanya, Mohd Izwan Illias, 42, yang ditemukan lemas di Butterworth, Pulau Pinang, Jumaat lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohamad berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.
"Kita tubuhkan jawatankuasa sebab kita ada Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang digunakan JBPM. Siasatan akan dibuat oleh pihak ibu pejabat untuk tengok macam mana situasi yang menjurus kepada insiden," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Mohd Izwan yang merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth ketika kejadian sedang melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin, Butterworth, Khamis lepas.
Nor Hisham berkata siasatan itu akan mengambil kira semua aspek termasuk penggunaan instrumen keselamatan seperti jaket keselamatan, keupayaan menyelamatkan diri di peringkat awal dan prosedur kerja JBPM ketika melakukan sesuatu tugasan.
"...insiden baru ini berlaku ketika mangsa nak parkir bot selepas siap baiki bot berkenaan, jadi, siasatan itu akan lihat sama ada prosedur kami merangkumi elemen proses kerja yang singkat ini atau tidak dan kita akan tengok semula di peringkat jabatan, dan menambah hasil siasatan akan digunakan untuk memperbanambah baik prosedur tersebut," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata sebanyak 325 kes lemas di air dicatatkan di seluruh negara tahun lepas dengan Terengganu sahaja merekodkan 23 kes yang membabitkan 29 kematian.
"Kalau ikut rekod, Terengganu tidak menunjukkan trend penurunan yang ketara sebab negeri ini ada semua risiko seperti sungai, kawasan pelancongan dan laut dengan jajaran pantainya yang sangat panjang.
"Ini cabaran utama kepada kita selaku Urusetia Induk Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) untuk ambil langkah yang perlu khususnya pendidikan awal kepada masyarakat seperti kepentingan memiliki keupayaan asas berenang," katanya.
BACA: Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud 'lompang perlindungan' - Bomba
BACA: Anggota bomba jatuh sungai ditemui lemas selepas 19 jam hilang
Beliau berkata isu praktikal dan kekangan dari sudut kewangan adalah antara yang diambil kira pihaknya dalam mempertimbangkan cadangan menempatkan PPDA di sepanjang pantai dan kawasan rekreasi yang berisiko berlaku fenomena kepala air, memandangkan geografinya yang luas.
"Sebab itu kita akan buat sesi keterlibatan dengan komuniti untuk mainkan peranan masing-masing dan segera maklumkan kepada kita sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan untuk tujuan intervensi.
"Dan untuk papan tanda amaran di kawasan hutan simpan memang kita sudah pasang hasil kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Nor Hisham (tengah) semasa hadir pada Program Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji PBB Tahun 2023 di sebuah hotel di Kuala Nerus, 26 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Lelaki Kemboja hilang ketika menjala di sungai ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan terdampar di tebing sungai pada 12 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.
Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan
Seorang remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.