awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT II kembali ke puncak teratas Liga Premier

Bernama
Bernama
25/08/2022
22:15 MYT
JDT II kembali ke puncak teratas Liga Premier
JDT II memintas Kelantan FC yang berada di tangga kedua susulan perbezaan gol yang besar antara kedua-dua pasukan, selepas 16 perlawanan. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier daripada Kelantan FC selepas menewaskan pasukan tercorot, Skuad Projek FAM-MSN, 2-0, di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Khamis.
Pasukan kendalian Mariano Raul Echeverria yang menguasai perlawanan, hanya memerlukan empat minit untuk merobek gawang tuan rumah, apabila pemain tengah import Levy Madinda melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti, untuk menewaskan penjaga gol Aizat Aiman Mazlan.
Bersambung babak kedua, JDT II yang terus mengasak kubu skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras berjaya menghasilkan gol kedua menerusi pemain kebangsaan Junior Eldstal, apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru tonggak import Moussa Sidibe, seterusnya mengesahkan tiga mata berharga untuk dibawa pulang pelawat.
Walaupun berkongsi 36 mata, JDT II memintas Kelantan FC yang berada di tangga kedua susulan perbezaan gol yang besar antara kedua-dua pasukan, selepas 16 perlawanan.
Skuad Projek FAM-MSN pula kekal di tangga terbawah liga dengan lima mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#bola sepak
#Liga Premier
#Skuad Projek FAM-MSN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan