NATIONAL
Jelajah Jiwa SME: Unifi Business membantu PMKS dengan transformasi digital

Kaslimi Awang (kanan) bersama Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail (tiga, kiri) pada program Jelajah Jiwa SME di Kelantan baru-baru ini - Foto/Unifi Business
KOTA BHARU: Kepesatan perniagaan dalam talian pada abad ini menuntut kepantasan masa dan akses internet yang laju bagi memastikan perkhidmatan dan produk usahawan dapat diterima di mana sahaja tanpa batasan.
Sebagai rakan digital pilihan buat perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), Unifi Business percaya setiap perniagaan perlu ada daya tahan digital untuk membantu meningkatkan daya saing syarikat, kecekapan operasi perniagaan serta membuka peluang pasaran yang baharu dan lebih luas.
Menurut Ketua SME Kelantan, Unifi Business, Kaslimi Awang ledakan pendigitalan khususnya dalam bidang perniagaan digital menuntut rangkaian dan akses internet yang laju dan stabil.
"Perlaksanaan pendigitalan secara tepat adalah langkah paling wajar di mana Unifi Business sebagai rakan digital pilihan PMKS di Malaysia bersedia membantu dengan penyelesaian perniagaan yang menyeluruh, termasuklah sokongan tempatan yang bertauliah dan ekosistem terbesar untuk perkongsian manfaat melalui Unifi Business Club" katanya ketika ditemui di program Jelajah Jiwa SME Kelantan di Aeon Mall di sini.
Jelajah Jiwa SME Kelantan berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 16 September.

.
Jelas Kaslimi lagi, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dengan perlu memanfaatkan ledakan digital untuk terus bergerak maju.
Beliau menambah, Unifi Business mempunyai empat penyelesaian perniagaan yang komprehensif iaitu pemasaran digital, hab eDagang, setoran awan, dan keselamatan Siber Kaspersky Small Office Security, yang merangkumi keperluan pelbagai perniagaan untuk membantu percepatkan pendigitalan PMKS.
"Oleh itu kami lihat jelajah Jiwa SME ini sebagai satu platform terbaik untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada PMKS khususnya di Kelantan mengenai kepentingan transformasi digital dan bagaimana Unifi Business boleh membantu" tambah beliau.
Untuk keterangan lanjut berkenaan penyelesaian pendigitalan PMKS, pengguna boleh melayari www.unifi.com.my/business//.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami