awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes bunuh, tikam mangsa 12 kali: Suspek pakai pelitup muka, 'hoodie' masih diburu
Uqasha Senrose, Kamal Adli sah cerai talak satu
Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah TVET Mara tarik minat belia pedalaman ceburi bidang kemahiran

Bernama
Bernama
23/11/2025
21:15 MYT
Jelajah TVET Mara tarik minat belia pedalaman ceburi bidang kemahiran
Menerusi Jelajah TVET Mara, para belia dapat tahu banyak maklumat tentang kursus yang ditawarkan. - Facebook Yayasan Pelajaran MARA
KINABATANGAN: Program Jelajah TVET Mara yang berlangsung di sini berjaya membuka mata belia di kawasan pedalaman mengenai kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Melalui program itu, mereka turut didedahkan mengenai tahap kebolehpasaran graduan institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang tinggi sehingga menjadi pilihan utama lepasan sekolah.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran Mohammad Adam Ilham Taip, 18, berkata beliau merancang menyambung pengajian di institusi kemahiran bawah Mara yang menyediakan banyak bantuan kewangan kepada pelajar B40.
"Saya akan memilih bidang TVET selepas tamat tingkatan enam kerana peluang kerjaya yang lebih cerah.
"Menerusi Jelajah TVET Mara seperti ini, kami dapat tahu banyak maklumat tentang kursus yang ditawarkan dan Mara juga menyediakan bantuan kewangan. Sudah tentu, ia sangat membantu," katanya kepada Bernama pada program Jelajah TVET Mara di sini.
Program Jelajah TVET Mara itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara.
Sementara itu, Mohammad Farhan Nizam Kasran, 18, berkata beliau turut berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan teknologi.
"Saya berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang elektronik dan teknologi komunikasi. Bidang kemahiran lebih terbuka dan menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas kerana ia fokus kepada amali," katanya.
Sementara itu, Izah Wati Lanting, 18, berkata program jelajah itu bukan sekadar memberi maklumat, ia turut membantunya membuat keputusan penting tentang masa depan.
"Sebelum ini, saya tidak begitu jelas laluan TVET tetapi apabila melihat sendiri kursus yang ditawarkan, saya rasa lebih yakin untuk memilih bidang kemahiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#Jelajah TVET Mara
#kemahiran
#belia pedalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami