awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelaskan segera status siasatan 1MDB - Aziz Sheikh Fadzir

Hilal Azmi
Hilal Azmi
30/07/2015
09:50 MYT
Jelaskan segera status siasatan 1MDB - Aziz Sheikh Fadzir
Aziz: Kita bimbang daripada segi institusi, Peguam Negara digugur saat-saat kita tahu ada siasatan dan ia di peringkat akhir.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta segera menjelaskan status siasatan 1MDB kepada rakyat.
Gesaan tersebut ditegaskan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir ketika ditemui media di pekarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
"Saya rasa Tan Sri (Muhyiddin) terima penggugurannya dan itu hak Perdana Menteri. Cuma kita bimbang daripada segi institusi, Peguam Negara digugur saat-saat kita tahu ada siasatan dan ia di peringkat akhir.
"Ini mampu beri gambaran negatif kepada kerajaan," tambahnya yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di sini.
Menurut Aziz lagi, keputusan siasatan akan diketahui juga kerana ia merupakan isu besar negara.
"Kita tidak tergesa-gesa untuk mengetahui keputusan kerana kamu (1MDB) tidak akan dapat lari daripada keputusan siasatan.
"Semuanya datang serentak. Isnin Peguam Negara digugurkan, Selasa rombakan Kabinet yang memberi kesan kepada PAC dan ini menggugat persepsi rakyat kepada kerajaan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abd Aziz Sheikh Fadzir
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan