Penerbangan pertama membawa jemaah Malaysia bagi musim haji 2018 yang membabitkan 483 orang jemaah, selamat tiba di Madinah kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Hal itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof, yang turut memberitahu, kesemua urusan jemaah di sana setakat ini berjalan lancar.
Istimewanya tahun ini, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mendapat kerjasama kerajaan Arab Saudi untuk melaksanakan proses pre-clearance yang bertujuan memudahkan semua urusan jemaah setibanya di Madinah.
"Jemaah Malaysia tidak perlu menunggu dan beratur panjang untuk menyelesaikan urusan dokumentasi seperti cop visa, kastam dan pemeriksaan kesihatan.
"Ini kerana semuanya sudah dilakukan di KLIA, dan apabila jemaah kita tiba di sana, mereka boleh terus menaiki bas ke hotel, malah bagasi mereka juga diuruskan pihak di sana," kata Dr. Mujahid.
Beliau berkata demikian pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah Malaysia di Kompleks TH di Sepang, pada Sabtu.
BACA: Jemaah haji jangan leka dengan gajet semasa di Tanah Suci
Kompleks itu buat kali pertamanya digunakan, menggantikan kompleks sedia ada di Kelana Jaya.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati urusan di kompleks itu berjalan lancar dan teratur, dengan fasiliti yang nyata lebih luas dan selesa.
Penerbangan kedua berlepas jam 9.15 malam ini membabitkan 490 jemaah, dan dijadualkan tiba di Madinah, jam 5.30 pagi esok waktu Malaysia.
Seramai 30,200 orang jemaah dari Malaysia akan mengerjakan haji tahun ini, berlepas bermula hari ini sehingga 14 Ogos, menerusi 81 penerbangan carter dari KLIA ke Madinah.
Madiha Abdullah
Sat Jul 14 2018
Sebahagian daripada 490 jemaah Malaysia yang berlepas ke Madinah pada jam 9.15 malam ini (14 Julai). - Astro AWANI/Madiha Abdullah
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.