awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah haji, umrah perlu patuh peraturan ditetapkan Arab Saudi, elak risiko sekatan

Bernama
Bernama
10/04/2025
09:57 MYT
Jemaah haji, umrah perlu patuh peraturan ditetapkan Arab Saudi, elak risiko sekatan
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah kerap memuji disiplin dalam kalangan jemaah haji dari negara ini, maka prestasi itu perlu dikekalkan. - Gambar fail
KANGAR: Kerajaan berharap jemaah haji dan umrah akan mengekalkan prestasi baik terhadap pematuhan peraturan serta undang-undang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, sekali gus mengelakkan risiko dikenakan larangan visa sementara seperti yang berlaku kepada 14 negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah kerap memuji disiplin dalam kalangan jemaah haji dari negara ini, maka prestasi itu perlu dikekalkan.
"Rakyat Malaysia terkenal sebagai rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang, apatah lagi dalam konteks kita melakukan ibadat haji ataupun umrah. Kita nak buat kebaikan di sana, jadi sebahagian daripada kebaikan kita nak lakukan ibadat jangan sesekali kita langgar peraturan ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prapelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 di sini hari ini, yang disempurnakan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
Pada 7 April lepas, media melaporkan kerajaan Arab Saudi mengenakan larangan visa sementara terhadap 14 negara termasuk Pakistan menjelang musim haji tahun ini, dan dalam laporan media itu menyebut larangan berkenaan dikenakan terhadap visa umrah, perniagaan dan visa keluarga dengan sekatan dijangka berakhir pada pertengahan Jun.
NA'IM-HAJI 2 (AKHIR) KANGAR
Semalam, Bernama turut melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji supaya tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi, sambil menegaskan kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi.
Mohd Na'im berkata setiap negara ada peraturan masing-masing dan kerajaan Arab Saudi menetapkan peraturan itu bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi demi kebaikan semua termasuk aspek keselamatan jemaah.
Ketika ditanya sama ada rakyat Malaysia turut terlibat dalam kalangan lebih 18,000 individu ditahan pihak berkuasa Arab Saudi, beliau berkata setakat ini kerajaan tidak menerima sebarang aduan secara rasmi mengenai penahanan itu.
Laporan media semalam mendedahkan pihak berkuasa Arab Saudi menahan 18,407 individu dalam tempoh seminggu atas pelbagai kesalahan melibatkan pelanggaran undang-undang imigresen, buruh dan keselamatan sempadan, dan langkah tegas itu diambil menjelang musim haji 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#larangan visa
#Malaysia
#haji dan umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan