awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri mahu laporan audit forensik LCS dinyahklasifikasi - PM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/08/2022
08:35 MYT
Jemaah Menteri mahu laporan audit forensik LCS dinyahklasifikasi - PM
Mesyuarat turut meminta Peguam Negara agar membuat pendakwaan sekiranya terdapat bukti kukuh serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya laporan pengauditan forensik projek kapal tempur persisir (LCS) yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan antara komitmen dan jaminan kerajaan tentang siasatan telus, tanpa melindungi sesiapa pun.
Bagaimanapun, katanya lagi, proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan pihak Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Jemaah Menteri menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyegerakan siasatan.
“Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menggesa SPRM agar menyegerakan siasatan dan sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
“Saya telah memanggil Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berkata, mesyuarat memutuskan agar laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk disiarkan kepada umum.
“Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan mengganggu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Jemaah Menteri pada 20 April 2022.
“Kerajaan komited untuk meneruskan projek ini atas kepentingan pertahanan negara selaras dengan keperluan TLDM,” katanya lagi.
Khamis lepas, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima kapal seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.
Topic Berkaitan
#LCS
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan