awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenaka melampau: Sekat Jocelyn Chia masuk Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2023
04:12 MYT
Jenaka melampau: Sekat Jocelyn Chia masuk Malaysia
Penghinaan terhadap negara menerusi lawak jenaka yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy mengundang kemarahan rakyat di negara ini.
SHAH ALAM : Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengecam tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia kerana menghina dan mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia.
Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee berkata, penghinaan terhadap negara menerusi lawak jenaka yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy mengundang kemarahan rakyat di negara ini.
“Bagi saya, pelawak wanita Singapura yang bernama Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya membuat jenaka mengenai tragedi kehilangan MH370.
"Itu sensitif kerana mangsa terlibat sudah mati dan ia boleh dikatakan seperti memperlekehkan kententeraan Malaysia yang terlibat dalam misi MH370," katanya dalam satu kenyataan.
Shiaw Lee yang juga Ketua Penerangan Gerakan menambah lawak menghina dan sensitif itu juga dikhuatiri akan merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.
Beliau bagaimanapun mengingatkan, tidak bermakna jika Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Malaysia pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.
Sehubungan itu, beliau menyeru Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan terhadap pelawak dari negara jiran itu.
"Ini termasuk kalau boleh menyekat pasportnya daripada memasuki Malaysia," tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jocelyn Chia
#Pelawak Singapura
#senarai hitam
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan