SHAH ALAM: Tindakan rejim Zionis membedil salah sebuah hospital di Gaza merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dimaafkan.
Pengerusi Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu yang disifatkan melanggar hak asasi manusia dalam mendapatkan bantuan perubatan.
“Tindakan rejim Zionis itu jenayah perang biadab, tidak boleh dimaafkan dan melanggar norma kemanusiaan.
“Kami bersolidariti dengan seluruh suara umat Islam seluruh dunia untuk mengecam tindakan jahat Israel mengebom Hospital Al-Ahli yang telah mengorbankan nyawa bayi, wanita dan individu tidak bersalah,” katanya.
Pada Selasa, sekurang-kurangnya 500 terkorban dalam serangan udara terbaharu Israel ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi yang sesak di Semenanjung Gaza.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi MyAqsa Defenders, Ahmad Fahmi Shamsudin berkata, sejak berdekad lamanya Palestin berhadapan keangkuhan dan kekejaman Israel dalam merampas tanah sehingga terpaksa ‘bermandi darah’ untuk mempertahankan tanah didiami.
“Saya tidak terkejut sama sekali dengan perilaku rejim Zionis kali ini kerana mereka sejak azali kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia membuktikan Israel sama sekali tidak mempunyai sikap belas ihsan kerana sanggup meletupkan tempat orang ramai menerima bantuan perubatan.
“Ini satu perbuatan yang tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu pembunuhan secara besar-besaran,” katanya.
Ahmad Fahmi berkata, lebih memualkan apabila rejim Zionis bertindak seperti tidak bersalah kerana memutar belit fakta dengan menyatakan letupan itu bukan berpunca daripada mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 19 2023
Keadaan Hospital Al-Ahli al-Arabi selepas terkena serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis Israel. - Foto AP
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
Seramai 102,261 orang lagi pula dilaporkan cedera dalam serangan yang masih berlangsung.
Lebih 150 pesakit, kakitangan terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan
Hospital Kamal Adwan berkemungkinan besar menjadi satu pusara besar apabila dianggarkan seorang pesakit meninggal dunia setiap jam akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel.
Iran selar tindakan Israel bunuh pegawai perubatan di Lubnan
Tindakan rejim zionis yang menyasarkan Dr Ali Heydari adalah pelanggaran jelas terhadap Konvensyen Geneva 1949 yang melarang serangan terhadap hospital, pusat perubatan, dan profesional perubatan.
74 lagi rakyat Palestin terbunuh, korban Gaza kini meningkat kepada 42,792
Serangan rejim zionis di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu telah mengorbankan 74 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain.
PBB gesa siasatan terhadap serangan Israel berhampiran hospital di Beirut
Volker Turk pada Selasa berkata beliau "ngeri" dengan serangan ke atas sebuah hospital di selatan Beirut pada Isnin dan menggesa agar "siasatan segera dan lengkap" dilakukan berhubung insiden itu.
'Perang belum berakhir' - Netanyahu
Israel akan meneruskan perjuangannya sehingga tebusan dibawa pulang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.