Jenazah Allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan dalam istiadat pengebumian Negeri di tanah perkuburan Islam Samariang di sini hari ini.
Keranda jenazah Allahyarham yang ditutupi bendera negeri dan diusung oleh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia tiba di tanah perkuburan itu pada 2.05 petang.
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Al Kurdi Taib, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan rakyat di upacara pengebumian tersebut.
LAPOR LANGSUNG Pengebumian Tan Sri Adenan Satem
Isteri Allahyarham Puan Sri Jamilah Anu dan anggota keluarganya serta sanak saudara turut berada di tanah perkuburan itu.
Adenan, 72, yang menjadi ketua menteri hampir tiga tahun meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Kota Samarahan dekat sini kira-kira 1.20 tengah hari semalam.
Menteri-menteri persekutuan dan negeri, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, pemimpin-pemimpin masyarakat, persatuan, badan bukan kerajaan hadir di upacara pengebumian itu.
Mereka termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.
Semasa upacara pengebumian itu, Imam Besar Masjid Jamek Sarawak Mustapha Kamal Ahmad Fauzi memimpin bacaan Talkin.
Anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham kelihatan duduk di sekeliling kubur tersebut semasa bacaan Talkin itu.
Setelah bacaan Talkin, ketua pasukan pengusung kemudian menyerahkan bendera Sarawak sebagai penghormatan tertinggi kerajaan negeri dan rakyat kepada Yang di-Pertua Negeri yang kemudian menyerahkannya kepada Jamilah.
Selepas itu, Jamilah menyiram air mawar di pusara Allahyarham, diikuti Yang di-Pertua Negeri dan isteri, Sultan Brunei, Najib dan isteri.
Anak-anak serta cucu-cucu Allahyarham turut menyiram air mawar di pusara Allahyarham.
Terdahulu, solat jenazah diadakan di Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya di sini sebelum van jenazah membawa keranda Allahyarham ke tanah perkuburan itu, kira-kira dua kilometer dari masjid.
Orang ramai kelihatan berada di laluan dua kilometer itu untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin mereka yang lebih mesra dikenali sebagai "Tok Nan"
Ribuan orang kenamaan dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di masjid tersebut pagi tadi dan di kediamannya di Damai Jaya, Santubong dekat sini sejak semalam dan pagi tadi.
Semalam, Abang Johari mengumumkan hari ini sebagai hari kelepasan am bagi Sarawak dan tempoh berkabung selama tujuh hari dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 12 2017
Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Semariang selepas solat Zohor hari ini. - Foto Bernama
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.