awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia Indonesia diterbangkan ke Melaka

Bernama
Bernama
16/06/2016
02:30 MYT
Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia Indonesia diterbangkan ke Melaka
Jalaludin, 57, meninggal dunia di Hospital MMC Jakarta malam tadi. Beliau dikatakan rebah ketika bersiap untuk menunaikan solat Isyak di dewan kedutaan pada majlis berbuka puasa. - Gambar Bernama
Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Brig. Jen. Datuk Jalaludin Md Yusof telah diterbangkan ke negara dengan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia pada pukul 8.30 pagi tadi.
Jenazah Jalaludin berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma di sini dan turut menaiki pesawat itu menemani jenazah ialah isteri Allahyarham Datin Sadaah Mohamad serta beberapa pegawai kanan tentera.
Pesawat itu akan mendarat di Batu Berendam, Melaka sebelum dibawa ke kampung halamannya di Sungai Udang.
Turut menghantar jenazah Allahyarham ke lapangan terbang itu ialah Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan isteri Datin Seri Che Mahani Ismail, Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Datuk Hasnudin Hamzah, Timbalan Duta Besar Roseli Abdul dan pegawai-pegawai kanan kedutaan.
BACA: Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia Indonesia meninggal dunia
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di kediaman rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Jalan Rasuna Said, Kuningan di sini.
Allahyarham Jalaludin, 57, meninggal dunia setelah rebah dalam dewan utama di Kedutaan Malaysia selepas makan pada majlis berbuka puasa anjuran kedutaan.
Allahyarham yang disahkan meninggal dunia pada pukul 8 malam di Hospital MMC di sini, meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Topic Berkaitan
#Brig. Jen. Datuk Jalaludin Md Yusof telah diterbangkan ke negara dengan pesawat C130 TUDM ke Malaysia pada pukul 8.30 pagi tadi
#Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
#Sadaah Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan